بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah mentautkan hati kita semua untuk bersama-sama memperjuangkan agama Allah. Semoga DIA menjadikan kita golongan yang bersaf di belakang Nabi Muhammad S.A.W ketika baginda mengetuk pintu syurga, sekaligus kita turut bersama-sama Baginda dan semoga Allah tidak menyampaikan segala perbuatan dan amalan buruk kita kepada Baginda yang mampu membuat Baginda bersedih . Amin Ya Rabb .
Ehem ~ apa khabar semua sahabat-sahabat ana yang disayangi dan dirahmati Allah ? Lama tak jumpa kan ? Maaf, lama ana tak mengupate blog ana. Menyepi untuk masa yang lama, tidak bersedia untuk berceloteh memandangkan iman diri sendiri masih turun naik . Terasa tidak layak untuk menaip bait-bait perkataan di blog ini sedangkan diri sendiri masih dahagakan tarbiyah, kali ini diri kuatkan hati agar diri sendiri jua termuhasabah .
Hidayah dan kesesatan itu bergantung kepada hati manusia, dan sudah tentu ia adalah kurniaan dari Allah. Siapa hatinya yang bersinar kerana cahaya kebenaran Allah pasti akan membuka dadanya untuk menerima kebaikan dan nasihat . Sebaliknya siapa yang hatinya gelap diselaputi dosa dan maksiat , gelap gelita tanpa cahaya pasti sukar untuk menerima petunjuk dan sekaligus Allah memalingkan dia dari memperoleh cahaya keimanan . Nauzubillahminzalik .

Setiap kali hati berbisik untuk melakukan kebaikan, sesaat selepas itu ada pula bisikan yang menyangkal segala niat di hati. Permainan apakah ini ? Allah... syaitan itu benar-benar licik . Aku memohon perlindungan dariNYA untuk dikuatkan hati ini untuk terus berada di jalan yang DIA redha . Kadang-kadang bila teguran menyapa, mudah pula hati untuk memberontak, walhal itu adalah peringatan buatmu yang disampaikan melalui orang lain, sepatutnya kamu bersyukur kerana ada yang menegur , itu tanda Allah dan orang itu menyayangimu, DIA tidak mahu kamu terleka dan dibuai nafsu yang menjahanamkan . Bersyukurlah kamu kerana Allah masih menyayangimu, sahabat masih memperdulikan mu, bayangkanlah wahai diri , bilamana semuanya meninggalkan kamu dan yang tinggal hanyalah kejahatan dan kesesatan , apakah kamu masih berpeluang untuk menyelamatkan dirimu dari kegelapan ? Allah..... kenapa wahai hati, kamu lemah , kenapa wahai roh kamu semakin sakit. Kembalilah.... kembali untuk menjadi hati yang kental dengan cahaya, roh yang sehat dengan keimanan .

Wahai diri , wahai sahabat , wahai hati , wahai roh , wahai jasad.... aturkan langkahmu untuk menuju ke pintu syurga dan bukanlah sebaliknya. Sedarlah dari mimpi yang ngeri dan teruskan perjalanan ini tanpa mengenal lelah dan penat . Bersabarlah dengan setiap ujian yang bakal menyapa kerana hakikat ujian itu adalah tarbiyah untuk buat diri . Tidak dikatakan beriman , selagi kamu tidak di uji.
SELAIN KERANA ALLAH , KERANA #TEAMSOFA JUGA DIRI TERUS KUAT.
ALHAMDULILLAH , NIKMAT YANG BESAR APABILA DI IZINKAN OLEH ALLAH UNTUK BERADA DI KALANGAN MEREKA DI KOLEJ ISLAM AS-SOFA. MENJADI MURID KEPADA MURABBI YANG HEBAT, TINGGI ILMUNYA , USTAZ DAN USTAZAH YANG HEBAT.
TERUS MAJU AHLI SUNNAH WALJAMAAH DI PERSADA DUNIA DAN AKHIRAT . GEGARKAN BUMI INI DENGAN KEBENARAN DAN MANSUHKAN KESESATAN .
Tweet
No comments:
Post a Comment