
بسم الله الرحمن الرحيم
Dimulakan dengan menyebut, membesarkan dan menyampaikan nama ALLAH S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. DIAlah yang Maha Mengetahui dan Berkuasa di atas setiap sesuatu. Segala puji hanyalah untuk-NYA Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w tercinta. Betapa suci dan murninya perjuangan baginda dan para sahabat sehingga Islam akhirnya sampai kepada kita .
Alhamdulillah di hari Jumaat yang penuh barakah ini, ana berpeluang untuk mencuri sedikit masa untuk mengupdate laman ini. Ok, tajuk kali ini adalah #teamsofa . Ok apa tu team sofa? Ramai dah yang bertanya ieka apa tu team sofa kat twitter apabila ieka tweet dan letakkan hashtag #teamsofa. Ok, teamsofa ini sebenarnya ahli sofa education group. Yakni, tempat yang ieka belajar sekarang . KOLEJ ISLAM AS-SOFA Ampang. D bawah sofa education group ni ada sekolah menengah dan sekolah rendah juga , tahfiz pun ada . Alhamdulillah , setelah penghijrahan ana dulu Allah gerakkan hati ana dan mencampakkan ana di Kolej ni. Benarlah orang kata , apabila kita ingin bergerak ke arah lebih baik Allah akan membantu kita , walaupun banyak dan sehebat manapun ujian Allah tetap akan bersama-sama kita . Jadi jangan pernah rasa takut dan risau untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Di sinilah ieka mula mengenal apa itu erti ukhwah dan mahabbah. Di sinilah yang banyak mengenalkan ieka siapa itu Rasulullah S.A.W di sinilah yang banyak mengenalkan ieka hakikat perjalanan menuju redha Allah . Yang membuat ieka lebih tabah dan kuat .

Di sini pada waktu pagi hingga petang akan ada kelas pembelajaran seperti di ipta/ipts yang lain. Ieka di sini mengambil jurusan Diploma Syariah Islamiyyah . Pada waktu malam pula akan ada kuliyah malam , pengajian kitab minhajul abidin . Dan sebenarnya pembelajaran yang lebih bernilai dan sangat berharga adalah kuliyah pada waktu malam , bersama walid " Al-Musnid Dato' Sheikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki ". Sungguh, ini adalah peluang dan anugerah yang terbesar ALLAH kepada ieka . Alhamdulillah .
Di kolej ini yang banyak mengajar ieka apa itu " ADAB ". Walid pernah berpesan dalam Kitab Adab dan Doa kepada kami pelajar-pelajarnya untuk menjunjung adab dan akhlak yang terpuji dalam menuntut ilmu kerana manfaat ilmu itu bergantung kepada sebesar mana adab kita terhadap ilmu dan guru . Bukan itu sahaja, perlu juga kita untuk menjaga adab sesama sahabat , adab dengan kitab dan sebagainya. Akui kelemahan diri ini yang masih jahil dan masih perlu memperbaiki adab . Allah.... semoga di beri kekuatan . Di sini juga banyak mengajar ana untuk tidak memandang pada keindahan zahir semata , perlunya diri untuk melihat hingga ke dasar hatinya . Yang berjubah, berserban , berpurdah tidak semestinya ia seorang yang alim , tidak semestinya dia mempunyai ilmu yang tinggi, tidak semestinya dia orang yang baik. Seperti ana, mungkin lihat dari zahir tampak hebat dengan berjubah, bertudung labuh, berniqab, tetapi ketahuilah bahawa mungkin ana lebih jahil dari wanita yang memakai pakaian biasa , ketahuilah hakikat bahawa ana juga masih berusaha untuk memperbaiki diri sendiri . Jangan tertipu dengan zahirnya semata tanpa melihat ke dasar hati .
Bukan mudah ana dari yang jahil, yang terlalu jahil mengenai islam untuk belajar dalam bidang agama ni. Tidaklah ana wanita hebat yang punya akhlak yang mulia. Tidaklah ana si mujahadah yang gemilang. Tapi sedari hakikat bahawa ana pendosa yang hina yang mencari -cari sinar bahagia .Dari 0 mencari Islam. Jangan sangka ana terus mampu menjadi sehebat para mujahidah. Nampak hebat pada zahir dan kata-kata tak bermakna hati ana suci bersih dari maksiat. Tapi alhamdulillah , dengan berada di sini, dengan adanya murabbi, ustaz , ustazah dan sahabat-sahabat , insyaallah tiada yang mustahil :) dan alhamdulillah result untuk final sem 1 memuaskan . Doakanlah ana untuk kekal istiqamah dalam perjalanan ini . Doakanlah kejayaan dunia dan akhirat ana :')
Di sini juga ana berpeluang untuk sentiasa mendengar dendangan qasidah, berselawat dan memuji keagungan Rasulullah s.a.w , di sini dapat bertalaqqi , pembelajaran secara bersanad dan pelbagai lagi kelebihan. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah , bersyukur kerana ana di pilih untuk bersama-sama mereka :')

Semoga Allah memberi kekuatan kepada murabbi tercinta dan kita semua untuk terus menyebarkan dakwah dan memperjuangkan ahli sunnah.
Al-Fatihah
Untuk tahu lebih lanjut tentang Kolej ieka .
Moh klik link d bawah ni :)
Tweet
terima kasih atas share ni :)
ReplyDeleteAkak akak, aka tahu tak cara nak stop belajar kat universiti? Apa prosedur sye kena buat?
ReplyDeleteapa nama sekolah menengah dibawah as sofa yaa..
ReplyDelete