Sunday, April 14, 2013

Untuk jiwa yang menangis



Ya Allah.
Kepada-Mu aku bersimpuh..
Memohon keampunan..
Kerana Engkau yang lebih arif akan kelemahan hamba-Mu ini..
Tiada daya upayaku Ya Allah..
Pandulah aku ke jalan yang Engkau redha..
Kebutaan hati ini membuat segala pandangan kehidupan penuh kesilapan..

Ya Allah.
Tabahkan hati untuk menghadapi ujian dan dugaan yang diberi.
Tabahkan hati dengan mehnah dunia yang tiada sudah.
Fitnah yang menghujan tanpa henti.
Engkau yang lebih arif akan kesahihan sesuatu perkara.

Ya Allah.
Jangan Kau biarkan aku terperangkap dengan bayangan dosa silam sehingga aku keletihan dalam permainan yang tiada sudah ini..
Bukalah mata hati ini untuk sentiasa melihat kebaikan dan kebenaran.
Singkaplah aku Ya Allah agar dapat aku melihat hakikat sebenar.

Ya Allah
Kuatkanlah hamba-Mu ini dalam menghadapi ujian kehidupan
Kuatkanlah diri ini untuk terus bermujahadah menentang nafsu durjana
Tiada daya upayaku melainkan hanya dengan pertolongan rahmat kasih sayang-MU

Wahai jiwa , jangan mudah lemah dan menangis dalam kehidupan, tabahlah , bersangka baiklah, yakinlah bahawa pertolongan ALLAH akan ada dengan jalan yang tiada disangkakan.

Di sebalik kesedihan ada kegembiraan, di sebalik kegembiraan ada kesedihan. Kesetiaan dan keteguhan alam yang membawa kita silih berganti kepada siang dan malam , malam ke siang ke arah kehidupan yang lebih baik hari demi hari sudah cukup membuktikan Allah itu adil . 

Tidak di namakan sebagai manusia jika tidak d sapa mehnah ujian. Sedangkan para nabi terdahulu jauh lebih berat ujian , Junjungan Besar kita, Rasulullah S.A.W,  kekasih Allah sendiri tidak henti-henti di hujani ujian, apatah lagi kita yang hina ini. Bersabarlah . Tidak akan adanya pelangi tanpa hujan membasahi bumi terlebih dahulu . Semakin dekat kita dengan ALLAH , semakin berat ujian yang menyapa . Maka jadikan sabar dan solat itu sebagai penolongmu . 

Ingatlah, ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-Nya, melainkan hambaNya yang menzalimi dirinya sendiri dengan kejahilan dan kemaksiatan.

Didiklah jiwa dan sekeping hati itu dengan kebaikan, ketabahan dan keyakinann terhadap ALLAH yang tiada batasnya ~

Ajar hati untuk sentiasa bersangka baik terhadap manusia dan ALLAH SWT

Yakinlah , semuanya akan baik-baik sahaja :)



♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

No comments:

Post a Comment