بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Rabb , jangan Kau bolak balikkan hati ini lagi. Biarlah ia tetap bberada di jalan yang Kau redha . Kuatkanlah hati dan semangatku untuk terus menjadi hamba yang baik buatMU . Dunia akhirat . Sudahlah.... aku penat dengan kealpaan , aku penat dengan kegelapan , aku penat dengan kesakitan jiwa yang dahagakan keimanan . Aku tidak mahu kembali kepada saat yang menjatuhkan diriku tanpa sedar .
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Entah kenapa saat ini , hati ini, jari jemari ini bergerak untuk mengimbau kenangan lalu. Ya Rabbi, cepatnya masa berlalu meninggalkan segalanya, dan yang tinggal hanya kenangan, Usah di tanya ada apa pada kisah silam , tetapi cukup di nyatakan ia hanya kenangan yang tidak mahu aku ulangi . Tapi sering kali ia menyapa mengingatkan aku tentang kealpaan aku terhadap Rabb yang satu . Kenapa ? Mengapa ia hadir , hanya Allah yang mengerti . Sebaknya hati ini tatkala mengingatkan kejahilan lampau. Betapa besarnya keagungan Dia , kebesaranNya, sehingga aku menjadi siapa aku pada hari ini . Tetapi harus aku kuat untuk jalani kisah ini sehingga detik roh berpisah dari jasad.
Aku bermonolog sendirian, siapakah aku sekarang ini jika aku belum tersedar dari kejahilan yang menjatuhkan ? Siapakah aku saat ini seandainya hati ini tidak terketuk oleh hidayahNYA . Siapakah aku saat ini jika aku masih jauh di bumi sarawak suatu masa dahulu . Betapa indahnya perancangan DIA, betapa cantiknya ketentuan DIA . Penuh rahsia, penuh hikmah . Menitis air mata mengingatkan setiap detik kenangan silam , menangis kerana mengingatkan kebesaranNYA . Subhanallah , alhamdulillah .

Entah kenapa jari jemari pada malam ini laju membawa ke arah perkara-kara silam di laman sosial ini . Sakit apabila melihat gambar-gambar lama yang masih tidak di padam setelah aku meminta untuk di padamkan . Tidakkah kau mengerti sahabatku, aku bukan yang dulu lagim bantulah aku . Aku tidak mahu di azab dek kerana kesilapan lamaku . Ya benar, Allah itu Maha Pengampun . Tetapi izinkan aku untuk memadamkan segala kenangan lampau agar tidak aku mengingatinya lagi :(
Laju jari jemari ini menari di atas papan keyboard ini, meluahkan apa yang terasa di hati sehinggakan tidak mampu untuk bibir ini berkata-kata . Setiap wajah yang pernah berada dalam kehidupan silamku, tidak pernah aku lupakan . Kadang-kadang tertanya..... kemanakah mereka ? apa yang mereka sedang lakukan ? adakah mereka seperti yang dahulu lagi ? Aku memohon kepadaMu Ya Rabb, lindungi mereka . Suntiklah hati2 mereka untuk menerima hidayahMu sebagaimana Kau izinkan aku menerima secalit kasih sayangMu .
Ku kongsikan bersama-sama kalian tentang apa yang ku rasa untuk mengajak kalian bersama-sama memikirkan kebesaran dan kasih sayangNya yang tiada berbelah bahagi . Tetapi sayangnya , kita yang menyombong diri , angkuh !! Walhal kita amat memerlukanNYA . Ada apa pada dunia ? Melainkan hanya tipu daya , keseronokan yang bersifat sementara . Allah Allah Allah !! Selamatkan dunia ini daripada tipu daya syaitan dan musibah yang berpanjangan . Matikan kami dalam nikmat islam dan keimanan , matikanlah kami dalam keadaan bertakwa kepadaMu dengan sebenarnya takwa . Allahumma Amin .
Cepatnya masa berlalu meninggalkan segala cerita. Yang tinggal hanyalah kenangan . Pergilah segala derita, datanglah bahagia . Nyah lah segala kegelapan , berikan aku cahaya yang menyinar.........
Selamat Tinggal wahai diri yang angkuh . Selamat datang diri yang menjadi hamba kepada Pencipta yang satu .
Aku lepaskan segalanya demi kebahagiaan di sana . Aku berlari meninggalkan semuanya demi menggapai keredhaanNYA ~
Sedarlah wahai hati yang resah bahawa Dia sentiasa ada bersamamu. Sentiasa dekat denganmu . Di kala kau berduka, kau bacalah ayat-ayat cintaNYA , Kau akan merasakan... dia seolah-olah berkata-kata denganmu. MasyaAllah, ketika itu tangisanmu akan menjadi lagu, kerana kau tahu di saat itu Dia berada di sisimu . Bila kau ingin bercakap denganNYA , panjatkanlah kesuh kesah dalam doa dan sujudmu , dirikanlah solat . Allah..... ku merinduiMU .
Tweet
No comments:
Post a Comment