
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Pemilik Seluruh Alam, Pemilik Segala Cinta, Pemilik Segala isi di dunia. Tanpa izinNYA, tidak mungkin terhasil bait-bait ayat yang terlakar di laman blog ini dan moga ia mendatangkan manfaat untuk diri sendiri khususnya dan seterusnya kepada sahabat-sahabat muslim yang dikasihi sekalian. Moga DIA redha dan Moga menjadi satu bonus untuk diri di akhirat kelak. Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W , kekasih Allah S.W.T yang merupakan manusia yang termulia yang telah banyak berkorban demi umatnya, sehinggalah sampainya Islam kepada kita. Betapa mulianya baginda, sehingga baginda adalah sebaik-baik idola, tauladan dan contoh yang terbaik kepada kita umat islam, hamba kepada Rabb yang satu. Tiada perkataan yang mampu dicoretkan untuk menggambarkan betapa besar pengorbanan dan jasa Rasulillah S.A.W dan betapa mulia peribadi dan akhlak Baginda. Ya Salam. Moga diakhirat kelak kita mampu berhimpun bersama-sama Baginda dan pewarisnya para ulama' untuk mengetuk pintu syurga :') .
Apa khabar sahabat-sahabat semua ? Lama saya mendiamkan diri dan lama juga blog ini tidak terupdate. Maaf atas kelewatan ini dan terima kasih kepada yang tetap setia mengikut kisah di blog ini. Moga memberi manfaat untuk kita bersama. Saat ini saya mencuri sedikit ruang untuk mengupdate, dikala cuti semester. Alhamdulillah semester 3 di Kolej Islam As-Sofa telah berlangsung dengan baik. Moga setiap ilmu yang diambil dapat dimanfaatkan bersama dan dapat diamalkan oleh diri yang hina ini. Saya kembali menulis kerana manusia akan pergi buat selama-lamanya, saya akan pergi.. tetapi penulisan saya tetap akan kekal di sini. Moga yang tinggal nanti saat diri telah tiada hanyalah kebaikan. Dengan izin dan rahmatNYA... Insyaallah..
Ehem sebelum terlupa, nak beritahu bahawa link blog hariekaown.blogpspot.com telah ditukar kepada cikgadiskidal.blogpspot.com . So jangan keliru lagi yaaa :) .



Kadang kala Allah uji kita dengan sahabat, agar kita tahu memilih antara intan dan permata, untuk menguji sejauh mana kekuatan dan keteguhan iman. Kadang kala Allah uji dengan cinta, untuk tahu adakah kita lebih mencintaiNYA atau mencintai makhluknNYA . Kadang kala Allah uji dengan dunia, adakah kita lebih mengutamakan dunia atau akhirat. Kadang kala Allah uji kita dengan harta untuk menilai adakah kita tahu apa itu bersyukur dan adakah kita menggunakan harta sebaik-baiknya di jalanNYA, Kadang kala Allah uji kita dengan rasa sakit untuk menguji tahap keyakinan dan kesabaran terhadapNYA dan kadang kala Allah uji kita dengan kesenangan untuk melihat adakah kita masih mengingatiNYA disaat kita bahagia dan pelbagai ujian yang Allah beri.. kadang kala tanpa kita sedar... Setiap berlaku pasti bersebab, setiap ujian yang diberi pasti berhikmah. Tidak ada setiap perkara yang terjadi walaupun sebesar zarah tanpa sebab. Yakinlah wahai diri, wahai sahabat bahawa perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya.
Betapa besar kasih sayang ILAHI terhadap kita. Cuma kita sahaja yang sedar atau tidak. Seperti pengalaman saya sendiri, saat saya melakukan kesilapan. Pasti setelah itu Allah akan hantar sesuatu yang membuat saya tersedar dari lamunan yang mengkhayalkan... contoh Allah menghantar tegurannya melalui pengantaraan sahabat-sahabat yang menegur kesilapan, ataupun saya terbaca apa-apa post mengenainya. Alhamdulillah.... tetapi wahai diri berapa kali kamu ingin melakukan kesilapan dan mengharap Allah memberi peluang beribu kali. Tidakkah kau takut jika Allah tidak lagi mahu mempedulikanmu dan terus terbuai hanyut tanpa seorang yang menegur. Ambillah peluang yang bersisa untuk perbaiki segalanya....
Akhir kata, saya mohon agar kalian mendoakan kesihatan saya, agar apabila masuk sem 4 nanti dalam keadaan pulih seperti sedia kala, agar di beri kekuatan untuk terus menuntut ilmu. Doakan saya agar kekal tabah dan kuat dalam menghadapi setiap ujian yang diberi dan doakan supaya saya sentiasa istiqamah dijalanNYA. Moga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat..... salam kasih dan sayang saudara seislam yang hina disisi ILAHI. Moga kalian sentiasa di bawah jagaanNYA. Wasalam......
Rancangan Allah itu lebih baik dari apa yang telah kita aturkan. Walaupun ia tidak menjadi seperti apa yang telah kita aturkan, tetaplah teruskan perjalanan, berjuang dan berdoa sehingga kita terfikir bahawa " Ya ! Memang Allah telah tetapkan yang terbaik untukku".
Tweet
No comments:
Post a Comment