Thursday, August 9, 2012

Wasiat Dari Seoang Anak Yatim Piatu

Bismillahirrahmanirrahim . 

Assalamualaikum , Salam Jumaat . Alhamdulillah kita semua masih mampu untuk bernafas sehingga ke hari ini . Jangan lupa sahabat , berusaha dan kejarlah malam lailatul qadar . Nak cari kita kena usaha . Bukan datang bergolek , bukan jatuh ke riba . Tahu ? :) Sama-samalah kita kuatkan iman dan mantapkan ibadah kita . Ok , ieka tergerak hati untuk buat entry baru ini selepas ieka tertengok video ini . Allah , sangat sedih . Ieka tak berhenti menangis bila tengok video ini . Kisah dua orang anak yatim piatu yang tiada keluarga . Korang tengok sendiri . Kalau tak menangis ieka tak tahu nak cakap apa . Huhuhu .

 


Ya Allah , alhamdulillah walaupun saya anak yatim piatu tapi saya masih punya keluarga bersama , meskipun masih tidak sama dengan adanya kasih mama dan papa tapi saya masih ada kasih sayang keluarga , berbanding dua adik ini yang tidak punya siapa . Kadang-kadang bila kita fikir kita tidak bernasib baik , tapi sebenarnya masih ramai yang jauh tak bernasib baik . Bersyukurlah wahai diri . Ya Allah, walaupun saya tidak punya papa sejak berumur 8 tahun , tidak merasa kasihnya ibu seperti insan lain sejak umur 14 tahun, saya tetap bersyukur kerana telah Kau anugerahkan seorang ibu yang hebat dan mulia seperti mama dan segagah dan sehebat papaku . Walaupun sekejap cuma kami bersama , tapi kasih sayang mereka tetap mekar hingga ke hari ini . Ya Allah sungguh aku terlalu merindui mereka , hanya Kamu yang mengerti perasaan ini , hanya Kamu yang mendengar rintihan hati ni . Terima Kasih Ya Allah , Kamu sentiasa berada dekat denganku . TanpaMu Ya Allah mungkin saya tidak mampu untuk bangkit hadapi dunia . Terima kasih di atas ujian yang Kau berikan kerana ia mengajar saya erti ketabahan dan kematangan . Saya percaya apa yang di aturkan oleh Kamu adalah sebaik-baik perancangan . Ya Allah , satu pintaku , bila saya sudah mati meninggalkan dunia ini . Pertemukan saya dengan mama dan papa saya di JannahMu . Sungguh tidak tertahan rinduku pada mereka . Kalau dulu saya sering menangis kerana rindukan mereka , kini saya cuba ajar diri saya untuk lebih kuat . Kerana saya pasti mereka juga tidak mahu melihat saya menangis kerana mereka dan ingin sekali saya banggakan mereka . Buat mereka tersenyum dan bahagia di sana . Ya Allah , permudahkanlah , bantulah diri ini untuk menjadi anak yang solehah yang mampu menyelamatkan mamapapa ku di sana dan bahagiakan mereka . Bantu saya Ya Allah . 

Tempatkanlah roh mama dan papa di sana di kalangan hambaMu yang mulia, bahagiakanlah, jauhkanlah dari seksaan, berikanlah keampunan, rahmatilah dengan kemuliaan . Hanya Allah yang mengerti perasaan dan hati ini . 

Al-Fatihah 

Allahyarham Abdullah bin Abdul Ghani

Allahyarhamah Ramlah Binti Abdullah


Sungguh beruntung bagi sesiapa yang masih punya ibu dan ayah , dapat memeluk dan mendapatkan kasihnya lagi. Masih punya satu keberkatan doa iaitu doa seorang ibu . Bagi yang senasib dengan ieka, tabahkanlah hatimu. Allah menyayangi ibu dan ayah kita, berdoalah agar rohnya sentiasa bahagia di alamnya . Jadilah kita anak yang soleh/solehah . Pasti mereka akan tersenyum di sana :') . 

Hargailah masa yang ada ini untuk bekasih sayang dengan ibu dan ayah . Hari raya juga bakal tiba . Manfaatkanlah , fikir mereka yang tidak punya ibu dan ayah di pagi hari raya , bagaimana perasaan mereka apabila mereka melihat orang lain bergembira dan saling bermaaf-maafan dengan ibubapa mereka , saling berpeluk-pelukan dan mereka hanya melihat tanpa kata . Lidah kelu , Mata terpaku , hati merintih dan mata menzahirkan segalanya . Cuba lah letakkan situasi anda dalam keadaan ini dan insyaallah awak akan hargai ibubapa awak . Ibubapa kalau pergi buat selama-lamanya , kita menangis air mata darah sekalipun mereka tak akan kembali :)

Anak yang baik , tidak hanya menangis , tidak hanya kata rindu bila ibubapanya telah pergi buat selama-lamanya . Tapi dia sentiasa mendoakan , dan sedekahkan ibubapanya dgn ayat-ayat suci al-Quran dan menjaga auratnya , akhlaknya , kerana dia tidak mahu mengheret bapanya ke neraka . 

Masih ada masa ni untuk ubah segalanya , pergilah , pergi peluk ibu ayah awak . Katakan pada mereka awak sayang kan mereka . Jangan malu jangan segan . Mereka ibubapa yang menjaga awak sejak kecil lagi .Kucup dahi mereka . Pasti mereka bahagia . Letakkan diri anda dalam keadaan orang yang tidak punya ibu dan bapa . Bukan mudah , bukan senang . Tapi selagi ada Allah , segalanya insyaallah baik-baik sahaja .

Bagi yang senasib dengan diri ini , jangan sedih . Kita ada Allah . Percayalah , setiap apa yang Allah aturkan adalah sebaik-baik perancangan . Pasti ada hikmah tersembunyi . Kuatkan diri sahabat , jangan lemah . Jika perlu menangis , menangis saja . Kerana Allah ciptakan air mata untuk kita luahkan apa yang ada dalam hati . Apa gunanya air mata jika di tahan . Tapi ingatlah , Allah ada . Allah Ada . Allah Ada . Takbir !!!

Mamapapa , saya harap mamapapa tenang dan aman di sana . Maafkan saya jika saya pernah menyebabkan mama dan papa bersedih di sana . Ampunkan saya . Saya berjanji saya akan menjadi anak yang baik untuk mama dana papa . Saya tak nak mamapapa sedih sedih . Saya nak mamapapa tahu saya sangat sayangkan mamapapa . Nanti kita jumpa tau . Mamapapa tunggu saya . Tunggu saya pegang tangan mamapapa dan kita sama-sama berpimpin tangan ke JannahNya . Insyaallah . Mama dan papa rehat lah di sana . Semoga berbahagia di sana . Saya tahu mamapapa dengar ni kan kan ? Mamapapa sentiasa lihat saya kan :) Saya harap mamapapa tak kecewa punya anak macam saya dan saya nak mamapapa bangga ! "Hug and kiss mama papa " :') .....................................................................................






♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

9 comments:

  1. subhanaAllah..sye baca isi entry awk..berlinang air mata..sungguh sedih & tersentuh jiwa ble baca entry awk nie..yep..sye akn cuba sedaya upaya menjadi ank solehah pada kedua-2 ibubape sye..sye juga terfikir ble sye suda wat yg terbaek utk kedua ibubapa sye..dalam masa yg sama sye suda mengecewakan mereka dgn result UPSR , PMR & SPM sye agak kurang memuaskan..sye xmemberi ape yg mereka impikan..sye renung & bertanya pd diri sendiri knp result sye mcm tu & ble menjawab telefon drp abah sye,,dye ingin tahu sgt result sye bpe,,tetapi ble sye ckp kat dye..sye xmampu berikan yg terbaek..time tu jgak hati sye tersentuh sgt & knp semua result aku xdpt dibanggakan oleh my umi abah..sgt sedih..tapi sye tahu setiap ape yg berlaku pasti ade hikmahNya..Awk kena tabah & kuatkan semangat..InsyaAllah,, you'll meet ur parents in jannah..Dunia adalah sementara sahaja,,awk perlu bykkan sedekah pada mereka..be strong dear :')

    ReplyDelete
  2. Jazakillahukhairan ya ukhti :') Insyaallah awak boleh jadi anak yg baik . *hug*

    ReplyDelete
  3. As salam...Sungguh mnyentuh skali ksah awk kali ini...Smoga Allah memberikan kekuatan, ketbahan dan kesbaran dlm dri awk...Allah syg sgt pda awk...Sya doakn utk awk...Ad hkmah disebalik kjadian yg berlaku di sekelilng kita... :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam . Jazakillahukhairan ya ukhti :') Selagi Allah ada bersama , insyallah ana akan terus kuat :)

      Delete
  4. saya kagum dgn awk tau!awk kuat dan matang menghadapi kehilangan mak ayah awak pada usia yang muda.moga impian awk utk berjumpa mak ayah awak tercapai,ya.jangan risau mereka melihat awak dari atas tu.;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillahukhairan Ya Ukhti . Amin Allahumma Amin :')

      Delete
  5. Assalamualaikum. Bangga dengan semangat awak. Kuatkan semangat dan banyak kan berdoa. Ibu dah ayah awak pasti bangga dengan awak :') Btw, apa tajuk lagi ni? Tenang sangat bila dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam , Amin Allahumma Amin . Harap saya betul kuat . Lagu opick feat amanda : Maha melihat

      Delete
  6. Sayang be strong . Piaa sentiasa doakan jue . :'(

    ReplyDelete