
Wahai hawa , wahai adam . Sedarlah dari perasaan yang mengasyikkan itu . Benar kita tak boleh nak halang perasaan cinta itu hadir . Kerana ia adalah fitrah . Dan perasaan cinta itu Allah yang cuitkan dalam hati kita dan ingatlah ia adalah satu ujian untuk kita , untuk menguji tahap keimanan kita .Ada eloknya jika biar perasaan itu menjadi rahsia antara kamu dan Allah .Sentiasa menyebut namanya dalam doamu . Dan berdoa kepada Allah agar dia lah jodoh kamu dunia dan akhirat . Jika kamu sudah bersedia untuk berkahwin , maka cubalah pergi merisik khabar wali/ibubapa puteri/putera idaman kalbu . Bagi perempuan tak salah jika nak merisik si lelaki . Bukankah Khadijah isteri Rasulullah SAW meminang Rasul ? Hantarlah ibu dan ayah kamu untuk bertanya khabar akan status si pujaan hati itu . Bukan kah itu lebih manis wahai sahabatku ? Percayalah cinta selepas kahwin itu sangat indah .
Fikirlah sejenak , bila kamu sedang sibuk bercinta sekarang adakah kamu yakin dia adalah jodoh kamu ? Adakah kamu yakin dia lah suami/isterimu ? Akhirnya kamu hanya membazirkan masa kamu , membazirkan wang , membazirkan air mata menangis kerana seseorang yang tidak pasti hujung pangkalnya adalah jodoh kamu . Sahabat , percayalah bila jodoh akan datang semuanya kerja Allah . Kita manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya pada kuasa Allah dan di susuli dengan sedikit usaha . Bagaimana Allah mampu ciptakan pelbagai perkara berlainan rupa , berlainan sifat dan personaliti . Begitu juga dengan jodoh dan kebahagiaan . . Usaha yang di maksudkan adalah dengan berusaha menjadi seorang yang baik , seorang yang soleh/solehah , berusaha untuk menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu dan barulah fikir akan jodoh . Jika belum tiba masanya berdoalah kepada Allah agar di beri jodoh yang baik , yang mampu membimbing kamu ke Jannah-Nya . Doa dan tawakkal .
Jika kita lihat sekarang , ramai je yang bercinta sebelum kahwin asyik kecewa , kenapa ? Sebab hubungan itu tidak di redhai Allah . Sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri . Allahu Rabbi , sedangkan Allah telah tetapkan jodoh kita sejak usia kita 4 bulan dalam kandungan ibu kita . Ia nya telah tertulis di Luh Mahfuz . Sahabat , renungkanlah ~ Allah tarik cinta mnusia dalam hidup kamu mesti ada hikmahnya . Mungkin kamu terlalu asyik dengan cinta mnusia hingga lupa cinta kepada Allah . Kembalilah kepada Dia . Tiada cinta yang paling agung selain cinta kepada Pencipta cinta itu sendri . Serahkan cintamu pada-Nya & Dia akan beri kamu seseorg yang cinta kmu kerana-Nya . Insyaallah .
Bagi seorang muslim dan beriman, cinta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah. Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan karena menggapai redha-Nya . Tabarakallah !!
Sahabat , jika kamu telah terlanjur bercinta sebelum berkahwin , bincanglah dengan pasangan kamu . Katakan padanya bahawa kamu ingin mencari cinta yang diberkati olehNya . Yang mendapat barakah dariNya . Jika benar dia mencintaimu sepenuh hati , setulus hati kerana Allah maka dia akan meninggalkanmu untuk kebaikanmu dan kebaikan dirinya sendiri . Serahkanlah kepada ALLAH , bersangka baiklah terhadap Allah . Jika ada jodoh kamu dan dia . Insyaallah tetap bersama . Jika bukan jodoh kamu dengan dia , itu bermakna Allah telah tetapkan yang terbaik untukmu . Ingatlah , sesiapa yang bercinta sebelum kahwin , bila dia sudah berkahwin dengan orang yang dia bercinta itu Allah akan tarik separuh dari kebahagiaan . So choose nak yang mana , cinta lepas kahwin atau cinta sebelum kahwin . Cinta selepas kahwin itu sangat lah indah dan manis sebab masa tu kita mula nak mengenalnya :') dan wahai wanita , jangan risau akan jodohmu , kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita yang hanya cantik pada luarannya . Ingatlah janji Allah . Orang yang baik untuk orang yang baik dan begitu juga sebaliknya :)
Akhir kata dari diri ini , dari hamba yang hina ini , semoga sahabat-sahabat ana membuat keputusan yang tepat . Sama-samalah kita ubah , sama-samalah kita memantapkan cinta kepada Allah . Jika kamu telah terlanjur bercinta , masih ada masa untuk berubah . Allah itu Maha Pengampun . Sesungguhnya diri ini pada suatu masa dahulu sama seperti kamu , asyik dengan cinta manusia dan alhamdulillah Allah beri diri yang hina ini kesedaran dan sungguh sahabat , sangat bahagia bercinta dengan Allah . Bila mana kamu meletakkan cinta Allah melebihi segala-galanya . Kamu lah insan yang paling bahagia , insyaallah .
Maafkan diri ini jika ada terkasar bahasa . Apa yang baik itu semua datang dari Allah dan apa yang kekurangan itu adalah kelemahan diri ini sendiri :')
Maafkan diri ini jika ada terkasar bahasa . Apa yang baik itu semua datang dari Allah dan apa yang kekurangan itu adalah kelemahan diri ini sendiri :')

Untuk bakal zaujku/suamiku yang diri ini tidak tahu siapa dan di mana kamu semoga kamu sentiasa di bawah peliharaanNya . Jaga iman . Jaga amal . Jaga agama dalam diri . Kelak, jika zaujahmu belum sempurna untukmu . Bimbinglah zaujahmu ini menjadi sempurna . Moga Allah mendekatkan hati kita di jalan yang HALAL DAN DIREDHAINYA ♥ Insyaallah :)
" Allah uji kita dengan dunia untuk tahu dimana letaknya cinta kita kepada akhirat . Allah Uji dengan cinta manusia untuk menguji tahap cinta kita kepadaNya "
Tweet




alhamdulillah..naam ahsanti..insyaAllah moga Allah terus pelihara..
ReplyDeleteassalamualikum saudara,nak tegur sikit,ye.JGN tulis insyaallah itu maksudnya (CREATE ALLAH/MENCIPTA ALLAH) NAOZOBIL LAH,patutnya tulis dengan 3 tiga perkataan di asingkan (IN SHAA ALLAH)TOLONG FOWARD INI UNTUK PENGATAHUAN SEMUA
DeleteAs salam....Sgt setju 100% pernytaan ini...Love after married is awesome and full of barakah!!! :-)
ReplyDeleteassalamualikum saudari,nak tegur sikit,ye.JGN tulis insyaallah itu maksudnya (CREATE ALLAH/MENCIPTA ALLAH) NAOZOBIL LAH,patutnya tulis dengan 3 tiga perkataan di asingkan (IN SHAA ALLAH)=DENGAN IZIN ALLAH - TOLONG FOWARD INI UNTUK PENGATAHUAN SEMUA
Deletesyukran ukhti
ReplyDeleteJazakumullahukhairan semua kerana sudi baca . Harap ada manfaatnya :)
ReplyDeleteassalamualikum saudari,nak tegur sikit,ye.JGN tulis insyaallah itu maksudnya (CREATE ALLAH/MENCIPTA ALLAH) NAOZOBIL LAH,patutnya tulis dengan 3 tiga perkataan di asingkan (IN SHAA ALLAH)=DENGAN IZIN ALLAH - TOLONG FOWARD INI UNTUK PENGATAHUAN SEMUA
Deleteassalamualikum saudari,nak tegur sikit,ye.JGN tulis insyaallah itu maksudnya (CREATE ALLAH/MENCIPTA ALLAH) NAOZOBIL LAH,patutnya tulis dengan 3 tiga perkataan di asingkan (IN SHAA ALLAH)=DENGAN IZIN ALLAH - TOLONG FOWARD INI UNTUK PENGATAHUAN SEMUA
ReplyDelete