Wednesday, August 8, 2012

Katakan : Cinta ini hanya untuk dia suamiku/isteriku


Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang diri ini sayang kerana Allah . Apa khabar anda semua ? Iman baik ? Ibadah baik ? Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar insyaallah :) . Alhamdulillah , berjumpa lagi kita , dan jari saya masih gagah beraksi di atas keybord ini . Kesian keybord merintih sedih sebab sakit ieka selalu hentam dia dengan jari ieka . Hahaha *Ok , kelaut . Ok dah dah , macam tajuk di atas tu tu tu . Kemain lagi tajuk , macam dah tak sabar nak kahwin je . Hahaha . Siapa-siapa pun nak kahwin  . Kahwin itu adalah salah satu ibadah juga . Ok now ieka nak berleter tentang cinta selepas kahwin dan cinta sebelum kahwin . Harap korang gigih kan mata korang untuk baca . Baca sambil faham dan rasakan dengan hati . Bacalah sehingga penamatnya . Agar mendapat kesan dalam hatimu wahai sahabatku . Insyaallah , mudah-mudahan . 

Zaman sekarang , tak dinafikan memang ramai yang asyik dengan cintan cintun . Yang sekarang mungkin tidur tak lena , makan tak pernah nak kenyang , mandi tak basah *mengarut . Macam mana tah mandi tak basah . Hahaha . 



Wahai sahabat-sahabat yang ku sayang kerana Allah . Usahlah terlalu mengejar cinta yang tidak pasti . Sebelum mengejar cinta manusia , kejarlah dahulu Cinta kepada Pencipta cinta itu sendiri . Bagaimana kamu mahu bahagia dan mendapat pasangan suami/isteri yang baik jika cinta kepada Allah kamu tidak letakkan keutamaan ? Cinta sebelum kahwin di katakan haram kerana bimbang jika kita tidak mampu mengawal diri . Bimbang jika kita melakukan zina . Zina bukan hanya pada perbuatan tetapi zina hati , zina lisan . Zina ini sangat berbahaya kerana kita kadang2 tidak sedar boleh mengundang murka Allah . Lagi mengecewakan yang bercinta sebelum kahwin tetapi seperti suami/isteri dah . Masya'Allah . Allahu Akbar . Astaghfirullah . Sedarlah wahai sahabat . Berdosa besar . Bertaubatlah . Seksa wahai sahabat jika kamu mati dalam keadaan tidak bertaubat dan dalam keadaan bermaksiat kepada Allah .Allah telah berfirman " La Taqrabu Zina = Jangan kau hampiri zina " Allah tak cakap jangan kau berzina . Tetapi jangan kau HAMPIRI zina , dan itu bermaksud jangan kita cuba untuk membuka jalan ke arah zina . Ingatlah wahai sahabat , syaitan akan melakukan apa sahaja untuk menyesatkan kita . Berhentilah dari berkata , " Bercinta tak apa asalkan berlandaskan cinta islamik " . Allahu Rabbi , jgn gunakan nama Allah dan agama Allah untuk menjalinkan satu hubungan yang tidak halal wahai sahabatku . 

Wahai sahabat bersikap adil lah untuk suamimu/isterimu . Cinta kamu yang suci dan tulus itu dan rindu yang Allah anugerahkan itu hanya berhak untuk dia yang telah Allah tetapkan sebagai jodoh kamu . Sesungguhnya cinta yang suci itu adalah cinta selepas kahwin . Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang :)

Wahai hawa , wahai adam . Sedarlah dari perasaan yang mengasyikkan itu . Benar kita tak boleh nak halang perasaan cinta itu hadir . Kerana ia adalah fitrah . Dan perasaan cinta itu Allah yang cuitkan dalam hati kita dan ingatlah ia adalah satu ujian untuk kita , untuk menguji tahap keimanan kita .Ada eloknya jika biar perasaan itu menjadi rahsia antara kamu dan Allah .Sentiasa menyebut namanya dalam doamu . Dan berdoa kepada Allah agar dia lah jodoh kamu dunia dan akhirat . Jika kamu sudah bersedia untuk berkahwin , maka cubalah pergi merisik khabar wali/ibubapa puteri/putera idaman kalbu . Bagi perempuan tak salah jika nak merisik si lelaki . Bukankah Khadijah isteri Rasulullah SAW meminang Rasul ? Hantarlah ibu dan ayah kamu untuk bertanya khabar akan status si pujaan hati itu . Bukan kah itu lebih manis wahai sahabatku ? Percayalah cinta selepas kahwin itu sangat indah . 

Sahabatku yang ku sayang kerana Allah , ingatlah . Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta dan rindu , tentang doa dan harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin . Apabila tiba saatnya kamu disatukan , maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba . Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu . Bukankah ini sangat indah ? Sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad. Berjihad menentang kehendak diri , menundukkan nafsu hati . 

Fikirlah sejenak , bila kamu sedang sibuk bercinta sekarang adakah kamu yakin dia adalah jodoh kamu ? Adakah kamu yakin dia lah suami/isterimu ? Akhirnya kamu hanya membazirkan masa kamu , membazirkan wang , membazirkan air mata menangis kerana seseorang yang tidak pasti hujung pangkalnya adalah jodoh kamu . Sahabat , percayalah bila jodoh akan datang  semuanya kerja Allah . Kita manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya pada kuasa Allah dan di susuli dengan sedikit usaha . Bagaimana Allah mampu ciptakan pelbagai perkara berlainan rupa , berlainan sifat dan personaliti . Begitu juga dengan jodoh dan kebahagiaan . . Usaha yang di maksudkan adalah dengan berusaha menjadi seorang yang baik , seorang yang soleh/solehah , berusaha untuk menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu  dan barulah fikir akan jodoh . Jika belum tiba masanya berdoalah kepada Allah agar di beri jodoh yang baik , yang mampu membimbing kamu ke Jannah-Nya . Doa dan tawakkal . 

Jika kita lihat sekarang , ramai je yang bercinta sebelum kahwin asyik kecewa , kenapa ? Sebab hubungan itu tidak di redhai Allah . Sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri . Allahu Rabbi , sedangkan Allah telah tetapkan jodoh kita sejak usia kita 4 bulan dalam kandungan ibu kita . Ia nya telah tertulis di Luh Mahfuz . Sahabat , renungkanlah ~ Allah tarik cinta mnusia dalam hidup kamu mesti ada hikmahnya . Mungkin kamu terlalu asyik dengan cinta mnusia hingga lupa cinta kepada Allah . Kembalilah kepada Dia . Tiada cinta yang paling agung selain cinta kepada Pencipta cinta itu sendri . Serahkan cintamu pada-Nya & Dia akan beri kamu seseorg yang cinta kmu kerana-Nya . Insyaallah .

Sahabat , remember this " Someone who really loves you will prove that they need you and Will put you in the list , " To be in Jannah , together, forever " . 

" Choose someone to marry , not someone for you to only walk around and be happy "


Bagi seorang muslim dan beriman, cinta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah. Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan karena menggapai redha-Nya . Tabarakallah !!


Sahabat , jika kamu telah terlanjur bercinta sebelum berkahwin , bincanglah dengan pasangan kamu . Katakan padanya bahawa kamu ingin mencari cinta yang diberkati olehNya . Yang mendapat barakah dariNya . Jika benar dia mencintaimu sepenuh hati , setulus hati kerana Allah maka dia akan meninggalkanmu untuk kebaikanmu dan kebaikan dirinya sendiri . Serahkanlah kepada ALLAH , bersangka baiklah terhadap Allah . Jika ada jodoh kamu dan dia . Insyaallah tetap bersama . Jika bukan jodoh kamu dengan dia ,  itu bermakna Allah telah tetapkan yang terbaik untukmu . Ingatlah , sesiapa yang bercinta sebelum kahwin , bila dia sudah berkahwin dengan orang yang dia bercinta itu Allah akan tarik separuh dari kebahagiaan . So choose nak yang mana , cinta lepas kahwin atau cinta sebelum kahwin . Cinta selepas kahwin itu sangat lah indah dan manis sebab masa tu kita mula nak mengenalnya :') dan wahai wanita , jangan risau akan jodohmu , kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita yang hanya cantik pada luarannya . Ingatlah janji Allah . Orang yang baik untuk orang yang baik dan begitu juga sebaliknya :)

Akhir kata dari diri ini , dari hamba yang hina ini , semoga sahabat-sahabat ana membuat keputusan yang tepat . Sama-samalah kita ubah , sama-samalah kita memantapkan cinta kepada Allah . Jika kamu telah terlanjur bercinta , masih ada masa untuk berubah . Allah itu Maha Pengampun . Sesungguhnya diri ini pada suatu masa dahulu sama seperti kamu , asyik dengan cinta manusia dan alhamdulillah Allah beri diri yang hina ini kesedaran dan sungguh sahabat , sangat bahagia bercinta dengan Allah . Bila mana kamu meletakkan cinta Allah melebihi segala-galanya . Kamu lah insan yang paling bahagia , insyaallah .

Maafkan diri ini jika ada terkasar bahasa . Apa yang baik itu semua datang dari Allah dan apa yang kekurangan itu adalah kelemahan diri ini sendiri :') 





Untuk bakal zaujku/suamiku yang diri ini tidak tahu siapa dan di mana kamu  semoga kamu sentiasa di bawah peliharaanNya . Jaga iman . Jaga amal . Jaga agama dalam diri . Kelak, jika zaujahmu belum sempurna untukmu . Bimbinglah zaujahmu ini menjadi sempurna . Moga Allah mendekatkan hati kita di jalan yang HALAL DAN DIREDHAINYA ♥ Insyaallah :)


 " Allah uji kita dengan dunia untuk tahu dimana letaknya cinta kita kepada akhirat . Allah Uji dengan cinta manusia untuk menguji tahap cinta kita kepadaNya "








♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

8 comments:

  1. alhamdulillah..naam ahsanti..insyaAllah moga Allah terus pelihara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualikum saudara,nak tegur sikit,ye.JGN tulis insyaallah itu maksudnya (CREATE ALLAH/MENCIPTA ALLAH) NAOZOBIL LAH,patutnya tulis dengan 3 tiga perkataan di asingkan (IN SHAA ALLAH)TOLONG FOWARD INI UNTUK PENGATAHUAN SEMUA

      Delete
  2. As salam....Sgt setju 100% pernytaan ini...Love after married is awesome and full of barakah!!! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualikum saudari,nak tegur sikit,ye.JGN tulis insyaallah itu maksudnya (CREATE ALLAH/MENCIPTA ALLAH) NAOZOBIL LAH,patutnya tulis dengan 3 tiga perkataan di asingkan (IN SHAA ALLAH)=DENGAN IZIN ALLAH - TOLONG FOWARD INI UNTUK PENGATAHUAN SEMUA

      Delete
  3. Jazakumullahukhairan semua kerana sudi baca . Harap ada manfaatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualikum saudari,nak tegur sikit,ye.JGN tulis insyaallah itu maksudnya (CREATE ALLAH/MENCIPTA ALLAH) NAOZOBIL LAH,patutnya tulis dengan 3 tiga perkataan di asingkan (IN SHAA ALLAH)=DENGAN IZIN ALLAH - TOLONG FOWARD INI UNTUK PENGATAHUAN SEMUA

      Delete
  4. assalamualikum saudari,nak tegur sikit,ye.JGN tulis insyaallah itu maksudnya (CREATE ALLAH/MENCIPTA ALLAH) NAOZOBIL LAH,patutnya tulis dengan 3 tiga perkataan di asingkan (IN SHAA ALLAH)=DENGAN IZIN ALLAH - TOLONG FOWARD INI UNTUK PENGATAHUAN SEMUA

    ReplyDelete