Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Yang Lebih Bermakna :')









Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah , Sahabat-sahabat yang diri ini sayangi kerana Allah . Alhamdulillah , akhirnya jari jemari ieka telah kembali rajin untuk sementara waktu update rumah ini setelah sekian lama juga rumah ieka ni berhabuk tak berpenghuni . *seram tak ? . Hehee . Apa khabar semua ? Macam mana puasa ? Penuh ke tidak ? Kalau perempuan mungkin ada yang tak penuh . Kalau lelaki ada yang tak penuh memang minta ieka lastik guna buah durian lah kan ? Hehehe . Tapi mesti semua penuh kan kan ? Ieka tahu semua sahabat-sahabat ieka ni baik-baik belaka :) Insyaallah . 

Alhamdulillah . Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang untuk kita berjumpa lagi dengan bulan yang penuh barakah ini . Mungkin ada sahabat-sahabat / saudara-mara yang tak sempat berada di bulan ini . Jadi panjatkanlah rasa syukur kepada Allah kerana kita di pilih untuk bersama-sama berada di bulan yang penuh barakah ini . Ambil lah peluang yang ada untuk beribadah kepada Allah , untuk muhasabah diri , untuk eratkan hubungan kamu dengan Allah . Siapa tahu tiada lagi hari esok untuk kita . Kita tak pernah tahu bila ajal kita akan sampai . Mungkin sejam lagi , mungkin esok , mungkin minggu hadapan , mungkin tahun hadapan . Waallahualam ~ Tetapi sudah ke kita bersedia ? Sudah cukup ke amal soleh kita untuk menyelamatkan kita daripada di azab di neraka kelak ? Tepuk dada tanya iman :) 

Okay , macam tajuk ieka di atasssss sekali tu tu tu . hehe . Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah , syukur kepada Allah, baru ieka rasa macam mana sebenarnya perasaan tak sabar , teruja menanti bulan ramadhan tanpa fikir pun pasal raya . Kalau dulu saya tak pernah nak ambil  serius soal ramadhan . Apa yang saya tahu hanya tahan lapar dan dahaga . Bila maghrib berbuka . Semua tu kosong . Tambah-tambah lagi aurat tidak tahu kemana . Tidak di jaga . Allahu Rabbi . Ieka hanya dapat lapar dan dahaga . Dan Alhamdulillah , tiada kata yang mampu ieka ucapkan/lafazkan untuk ieka luah rasa syukur bila Allah masih sayang ieka . Beri ieka petunjuk/hidayah untuk kembali mencari redha-Nya setelah sekian lama ieka sombong dengan-Nya . Allahu Akbar . Betapa Allah itu Maha Pengampun , Maha Penyayang . Walaupun hamba-Nya jauh terpesong , melupai Dia tapi Dia masih memberi nikmat yang ieka kecapi sekarang . Allah , sungguh indah perasaan . Percayalah , bila kamu kembali mencintai Allah lebih dari segala2nya kamu akan rasa bahagia . Rasa tenang . Rasa hidup ini lengkap . Maha Suci Allah :')

Tapi apa yang tetap sama adalah berpuasa tanpa mama papa ieka . Yeee , perkara ini tak akan berubah sampai bila-bila . Rindu di hati kepada mereka hanya Tuhan yang faham , yang tahu betapa hati ini rindu mereka . Ieka tahu sekarang ini pun mamapapa ieka sedang melihat :) Ieka harap mereka tenang dan aman di sana . Maafkan diri ini wahai mama dan papa . Telah banyak diri ini menyusahkan kamu di sana . Telah banyak diri ini menyiksa kamu . Berilah peluang untuk anakmu yang jahil ini tebus segala kesilapan . " Ya Allah , jika aku mati , pertemukanlah aku dengan kedua ibubapa ku di Jannah-MU " . Sungguh hati ini merindui mereka :'( . Tetapi ini adalah ujian untukku . Ieka percaya ada hikmah yang Allah beri . Ieka tahu Allah lebih menyayangi mereka sebab tulah Dia ambil kedua papamama ieka lebih awal :') . Kan sahabat ? Rehatlah dengan aman dan tenang di sana wahai putera dan puteri hatiku :')

Sahabat-sahabat . Ibu dan ayah itu ibarat tulang belakang kita . Hargai mereka . Sayangi mereka . Jaga mereka . Bila tiada mereka . Usah menangis menyesal . Usah menangis minta di kembalikan kerana mereka tidak mungkin akan di kembalikan . Jadilah anak yang soleh/solehah yang boleh mendoakan ibubapa kita / sedekahkan ayat2 suci al-Quran untuk ibubapa kita setelah dia pergi untuk selama-lamanya . Sahabat , Hari ini mungkin orang tuamu masih bersuara menegur khilafmu. Mungkin esok mereka diam. Diam yang tak mungkin mampu bersuara lagi :'( .

Ok dah dah *lap air mata* Hahaha . Berbalik kepada bulan ramadhan ini . Sahabat-sahabat ayuh kita ambil peluang ini untuk berubah . Bertaubat kepada Allah . Ambil lah peluang ini untuk mencari redha Ilahi . Cuba lah kamu memaksa diri kamu untuk menutup aurat / solat kerana itu semua wajib untuk kita sebagai muslim . Sepatutnya kita bersyukur kerana di lahirkan sebagai seorang islam . Ini adalah nikmat yang paling besar Allah bagi . Tetapi ruginya sahabat , andai kata islam mu hanya pada i/c . Insyaallah sahabat , dari keterpaksaan itu akan menimbulkan sesuatu yang kamu rasa itu adalah kewajipan kamu . Sungguh sahabat , bahagia perasaan itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila kita mengabdikan diri kepada Allah . Fikir sejenak , tidak kah kamu berasa malu mengaku diri islam dan menggunakan semua nikmat yang Allah beri di dunia ini tetapi kamu membuat segala yang Allah mungkar . Jangan sampai Allah tidak pedulikan dirimu lagi . Jangan sampai hatimu gelap gelita tanpa iman . Kelak merana diri . Ayuh kita bertaubat dgn sebenar2nya taubat . Ayuh kita jaga solat lagi elok di tambahkan dengan yang sunat . Ayuh kita jaga aurat kerana itu adalah maruah kita . Ayuh kita jaga peribadi kita kelak kita yang beruntung :) . Orang-orang yang bertakwa itu . Allah telah menjanjikan kepada mereka berada di syurgaNya . Insyaallah . Manakala bagi mereka yang ingkar perintah-Nya Allah juga telah menjanjikan kepada mereka LAUTAN API NERAKA . Nauzubillahminzalik . Sama-sama kita muhasabah diri dan semoga teruskan istiqamah sampai bila-bila :) . Insyaallah . 

Akhir kata , sama-samalah kita muhasabah diri dan berjihad di jalan Allah . Apa yang baik itu semuanya datang dari Allah dan apa yang kurang itu kelemahan diri ini sendiri . Jazakumullahu Khairan kathira kerana sudi meluangkan masa untuk membaca apa yang ieka bebelkan dan semoga ada manfaat untuk sahabat-sahabat ieka semua . Semoga kalian semua mendapat ibadah yang baik di sepanjang bulan yang penuh barakah ini  . Insyaallah .  Jaga Iman , jaga hati , jaga mata , jaga lisan , jaga pendengaran , jaga akhlak . JAUHI ZINA ! 








 


♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

2 comments: