Saturday, July 28, 2012

Hawa , Buka Mata Buka Hati .






Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti . Alhamdulillah , syukur kepada Allah kita masih mampu bernafas dan bertemu di rumah ieka yang tak berapa nak cun ni . Hehehe . Macam mana puasa ? Macam mana ibadah kamu ? Best tak date dengan Allah ? Best kan ? Semoga segala ibadah kita akan semakin baik dari hari ke hari dan mendapat keberkatan-Nya . Insyaallah .  Soal raya letak tepi . Fokuskan bulan ramadhan ini dulu . Bulan ramadhan ini bulan yang penuh barakah . Bulan yang mana syaitan dan jin di belenggu dan masa untuk kita ambil peluang ini untuk muhasabah diri . Kita tak tahu adakah lagi peluang untuk kita rasa bulan ini lagi pada tahun berikutnya . Jadi , ambil lah peluang ini sebaik-baiknya . Ok , stop untuk mukadimah . Ieka dah tahu dalam hati korang macam dah nak baling ieka dengan selipar , hahaa . Apa ke panjang mukadimah . Hahaha . Sabar :) . Orang yang sabar itu Allah sayang ^_^ . 

Ok , kali ini entry ieka fokuskan kepada kaum hawa yang ieka sayangi kerana Allah . Bakal-bakal bidadari syurga . Insyaallah :) .

Duhai hawa , tahukah kamu betapa Allah menyayangi kita ? Memuliakan kita ? Tetapi kenapa hawa ? Kenapa kamu sendiri tidak menyayangi diri kamu sendiri , tidak sayang akan tubuh badan kamu . Kenapa kamu kejam pada diri kamu sendiri . Kenapa mesti kamu tidak menjaga maruah kamu ? Kenapa mesti di tayang segala perhiasan yang ada pada kita kepada lelaki ajnabi ? Cuba tanya hati kamu sahabat , apa yang kamu cari sebenarnya . Kepada siapa sebenarnya kamu ingin puaskan hati dengan tidak menutup aurat . Adakah kamu ingin memikat hati hati lelaki ? Ingin tampak cantik di hadapan lelaki ? Allahu Akbar . Jangan sahabat . Jangan kerana kita , orang lain terpaksa menanggung dosa . Jangan kerana kita , kita tarik orang lain untk hampiri zina . Untuk apa kamu tampak cantik di hadapan lelaki ? Adakah kamu hamba lelaki atau hamba ALLAH ? Sahabat , jangan kamu relakan diri kamu sendiri di campak dalam lautan api neraka . Jika Allah mengazab kamu di neraka kelak . Bukan kerana Allah zalim , tetapi kamu yang telah menzalimi diri kamu sendiri .
Kamu tahu apa yang kamu lakukan , apa yang kamu pakai , mendatangkan murka Allah . Tetapi kenapa hatimu begitu keras . Kenapa hatimu begitu gelap . Dunia ini bersifat sementara . Tiada yang kekal . Kecantikan juga akan hapus di mamah tanah . Susuk tubuh badan juga akan patah di himpit tanah . Tidakkah kamu merasa takut ? 


Diri ini sayang sahabat-sahabat wanita diri ini , diri ini tidak mahu kamu semua hanyut , hanyut mengikut keindahan dunia . Mengikut trend yang bakal menjahannamkan kamu sendiri . Bukan susah untuk menjaga aurat , menutup aurat . Cuma kita sahaja yang buat-buat susah sebab terlampau mengikut bisikan syaitan . Ye ! Saya tahu , saya juga salah seorang daripada kamu dahulu . Tapi janganlah persoalkan masa silam saya . Lihat lah diri ini pada saat ini . Sungguh sahabat , diri ini kesal , menyesal kerana alpa suatu ketika dulu . Bila diri ini mengingati kembali . Sedih sahabat , sungguh diri ini rasa diri ini sangat hina dan tidak bermaruah . Bila kamu sedar satu persatu kesilapan kamu . Pasti kamu rebah terduduk menangisi dosa-dosa lampau . Buka lah hati , bukalah mata . Bangkitlah dari tidur yang lena . Dunia ini akan hancur dan setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati . Bagaimana jika kita mati dalam tidak menutup aurat ? Dalam kehinaan ? Allahu Rabbi , dapatkah kamu bayangkan betapa azabnya kita di sana nanti ? Sanggupkah kamu menahan seksa api neraka ? Yang pastinya , tiada seorang pun yang mampu menahan azab Allah di sana kelak . Allahu Akbar !!!!!!



Jika kamu berpeluang tanya kepada artis yang mula berhijrah ke jalan Allah , tanyalah mereka . Kenapa dari dunia mereka yang penuh keseronokan , glamour tetapi akhirnya mereka memilih jalan Allah ? Sudah pasti jawapannya kerana dia menemui kebahagiaan dan ketenangan setelah dia mula mengabdikan diri kepada Allah . Walaupun kamu rasa bahagia sekarang , rasa cukup seronok dengan hiburan2 , tetapi tanya hati kamu . Benarkah itu ketenangan yg ada dalam hati . Walhal , sebenarnya hatimu kosong , tiada bahagia . Rasa sesuatu yg masih tidak lengkap . Kenapa ? Sebab kamu ingkar perintah Allah ! 


Percayalah sahabat , bila kamu memilih jalan pulang di jalan Allah . Lillahi Ta'ala kamu tidak akan rasa menyesal malah kamu rasa bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk kamu kenal erti bahagia yg sebenar . Jika hari ini lelaki-lelaki di luar sana berleluasa menyentuh , bergurau senda , melihat auratmu tanpa rasa malu . Biarlah esok mereka tunduk malu bila melihatmu , biarlah mereka ada rasa hormat kepada kamu . Tidakkah kamu ingin begitu ? Di pandang hormat , bukan di nilai sebagai wanita tidak bermaruah . :'( . Sahabat , pandangan manusia itu tidak lah penting , tetapi pandangan Allah itu yang paling utama . Kerana kita ini hamba ALLAH . Bukan hamba manusia . Kembalilah sahabat kepada islam yang sebenar , bukan hanya islam pada i/c . Jom kita sama-sama tutup aurat . Jom kita sama2 pilih jalan Allah . Lillahi Ta'ala . Kamu tidak akan menyesal . 

Ingatlah . Apa yang haram tetaplah haram . Dan apa yang wajib tetaplah wajib . Apa pun alasan kita ia tidak akan pernah berubah . Jadilah kamu mawar yang berduri . Cantik di pandang tetapi sakit bila di sentuh , hanya mereka yang halal untuk kamu mampu membuang duri-duri itu . Jadilah kamu seperti hadiah yang tertutup rapi dan bukan yang terbuka tanpa tertutup , yang berbalut tanpa tertutup indah . Pejam kan mata . Tutup telinga anda dengan satu belah tangan . Dengarkan satu bunyi , dan itu adalah bunyi 1 % dari api neraka yang mendidih . Allahu Akbar :'(

Hawa : AURAT ITU MAHKOTA WANITA . AURAT ITU MARUAH WANITA . JAGA IA SEBAIK2NYA . Insyaallah , bila kamu menutup aurat dengan sempurna . Secara auto kamu juga akan menjaga akhlakmu :) . Hijabkanlah diri kamu sebaik mungkin , kerana wanita yang baik itu pasti akan memelihara auratnya :) . Paksa lah diri kamu untuk menutup aurat , bila hatimu masih berbelah bahagi , kerana menutup aurat itu wajib dan insyaallah dari keterpaksaan itu akan menjadi ikhlas kerana Allah :') .

Sahabat, aku menyayangi dirimu sama seperti diri ini mencintai diri sendiri. Aku ingin kalian merasakan bahawa aku juga tahu ertinya menjadi seorang wanita kerana aku juga seorang Hawa yang sedang mengejar cinta PenciptaNya. Andai kini kau sedang leka dengan cinta duniamu, ketahuilah bahawa Kekasih Agungmu sedang sedia menunggu kehadiranmu tika ini. Ingatlah Muslimah yang ku cintai, Syurga yang hakiki adalah matlamat, bukan impian kosong semata. Ingatlah sayang, aku amat mengharap kita semua akan masuk ke SyurgaNya nanti , insyaallah.


Duhai Mawar Islam, akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tetapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai SI MAWAR BERDURI. 
Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat KUMBANG TERPILIH yang dijanjikan Allah SWT buatmu. Sesungguhnya Utusan Allah, Rasulullah SAW ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” (Hadis Riwayat Muslim) 


Akhir kata dari diri ini . Marilah kita bersama2 menjadi muslimah yang bahagia . Di dunia dan akhirat :') . Maafkan diri ini jika ada terkasar bahasa . Tersalah cakap . Sungguh tiada niat untuk mengguris hati . Sama2 kita muhasabah diri . Apa yang baik itu semuanya datang dari Allah . Dan apa yang kurang itu kelemahan diri ini sendiri . Jazakumullahukhairan :') .














♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

5 comments:

  1. assalamualaikum ..
    wahai hamba ALLAH,,blog anda sungguh menarik..semoga kita bersama-sama memuhasabah diri..berpalingkan diri kepada ALLAH SWT..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam . Amin Ya Rabb . Insyaallah . Jazakillahukhairan ya ukhti :')

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ..blog anda memang benar2 mendalam pengertiannya.. moga kita kaum hawa dapat memahaminya.. insyaallah.. mudah2an semua kaum hawa akan terbuka hatinya untuk berhijrah ke Jalan yang diredhai Allah...insyaallah...Jazakallah

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam . Amin Allahumma Amin . Insyallah , sama2 kita doakan mereka semua . Semoga sentiasa bermanfaat untuk semua .

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak :)

    blog akak sangat bermanfaat. suka baca, terkandung banyak nasihat :) mohon share post ini ye kak? dan, boleh mintak email akak? :)

    ReplyDelete