Sunday, May 13, 2012

BAGI PELUANG UNTUK AKU MEMELUK IBU WALAUPUN HANYA DALAM MIMPI






Hye hye dear friend yang cantik dan kacak semuanya :D Bagaimana hari-hari korang ? Ada baik tak ? Harap-harap semua nya baik-baik sahaja . Ada pun yang tengah bersedih sekarang . Sentiasa ingat yang Allah itu selalu ada bersama kita tak kira waktu . Okay entry ieka kali ni bukan untuk cinta kepada kekasih . Tetapi cinta kepada mereka yang bergelar ibu . Kalau korang perasan dah kenapa tajuk entry ieka kali ni panjang lebar . Ohoii , nak tahu ? so teruskan bersama saya . Jumpa selepas commercial break . Hahaha , ada rasa nak tarik telinga orang tak ? :p

Okay , bagi ieka lah kan . Bukan satu hari je dalam setahun hari ibu , tetapi setiap hari pun hari ibu . Bukan dalam setahun sekali je kita kene hargai ibu tapi setiap saat kita kene hargai mereka . Jasa mereka tak mungkin kita mampu balas . Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa mereka . Kita tak mungkin mampu menjadi setabah seorang ibu , sekuat seorang ibu sehinggalah kita sendiri yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu . 

Ambil lah peluang untuk menghargai ibu awak selagi dia masih bernafas . Selagi awak mampu melihat dia tersenyum . Kucup lah dahi ibu selagi awak mampu . Peluk lah ibu selagi awak mampu . Jangan sampai awak mengucup ibu awak pada pertama kali dan terakhir kalinya ketika jasad ibu awak hendak dikafankan . Sebelum semuanya terlambat , sebelum kamu merintih untuk memeluk dan mengucup mereka setelah mereka tiada , jadi ambil lah peluang yang kamu masih ada . Ingat lah , ibu tak sentiasa akan bersama kita . 

Sesungguhnya , tiada sutera yang paling lembut melainkan belaian seorang ibu , dan tidak ada tempat yang paling selesa melainkan pangkuan ibu . Ibu tak meminta kamu untuk hadiahkan dia barangan yang berharga . Dia hanya mahukan anak yang soleh dan solehah supaya saat dia sudah tiada di dunia nanti . Kamu lah orang yang dapat membantu dan menyelamatkan dia untuk ketenangan dia di alam sana dengan sentiasa mendoakan dia dan sentiasa sedekahkan dia dengan ayat-ayat suci al-Quran . 

 " MAMA "

" Tak mungkin saya mampu menghitung kasih sayang mama kepada kami adik beradik . Selama sembilan bulan mama mengandungkan kami dengan sabar dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami . Malah , mama cukup tabah ketika papa pergi tinggalkan kita semua untuk selama-lamanya . Cukup kuat mama menggalas tanggungjawab seorang ibu dan ayah dalam satu masa . Sungguh , ieka tak tahu adakah ieka mampu menjadi setabah mama . Mama wanita yang paling tabah dan hebat yang ieka pernah kenal . Ieka rindu mama , tapi ieka hanya mampu meluahkan rasa rindu melalui tulisan-tulisan , melalui luahan dalam hati , melalui doa yang ieka panjatkan kepada mama . Ieka tahu mama dengar yang ieka selalu bercakap dengan mama kan ? :') Ieka harap mama sentiasa tenang di sana . Berehat dengan amannya . Ieka harap mama akan datang dalam mimpi ieka dengan senyuman yang ieka rindu , dan izinkan ieka peluk dan cium mama :') . " - AL-FATIHAH

Beruntunglah kamu yang masih berkesempatan melihat senyuman ibu kamu , beruntunglah kamu yang masih boleh memeluk dan menangis di bahu ibu kamu ketika kamu sedang berduka hati dan berkongsi segala rasa yang ada . Beruntunglah kamu yang masih mampu mendengar nasihat-nasihat yang sentiasa boleh membangkitkan semangat untuk kamu terus hadapi apa jua rintangan dalam hidup . Jadi kenapa harus kamu mensia-siakan peluang yang masih ada . Kenapa kamu masih lagi tidak menghargai ibu kamu dan meninggikan suara kepada ibu kamu . Kenapa kamu masih sanggup membiarkan setitis air mata yang jernih mengalir di pipi ibu yang telah banyak bersusah payah dan tidak pernah mengeluh apa yang dia telah korbankan ? Sebelum terlambat , sebelum dia pergi tinggalkan kamu selamanya . Pergi lah , peluk dia , pergi lah bisik kan ke telinga dia yang kamu sangat menyayangi dia . Jangan malu dan kenapa harus malu ? Sedangkan dengan kekasih kamu , tidak pula kamu merasa malu meluahkan kata-kata sayang itu . Jika kamu perlu menangis dalam meluahkan rasa sayang kepada ibu kamu . Menangislah ! ieka percaya dia akan menyeka air mata kamu dengan kasih sayang yang menebal . Sedarlah , bila mereka dah tiada . Tiada lagi peluang untuk kamu teresak-esak dalam pelukan dia dan di tenangkan dengan kasih sayang yang tulus dari hati .Hargai lah setiap saat dan setiap detik bersama dengan dia . Gembirakan hati dia selagi mampu :)


When you feel you’re  alone in a crowd, when you think no one can understand you, when you think your love is rejected by others, and when you hate your life just close your eyes and think about her who loves you truly, cares for you in your loneliness, dies when you cry, she is no one else but your MOM










♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

No comments:

Post a Comment