Monday, April 23, 2012

MANUSIA TAK PERNAH PUAS .


Aku bernafas di bumi DIA , Aku jejak di bumi DIA , aku bernyawa menggunakan oxygen DIA ,
Aku merasa nikmat udara dari DIA , aku melihat pandangan yang cantik dari DIA . Aku merasa nikmat hidup dari DIA . Segala yang ada pada aku pinjaman dari DIA . Segala-galanya dari DIA . Sesungguhnya hidup dan mati aku hanya kerana ALLAH .







Fuhhh fuhhhh fuhhh ~ *apa tu ? Erk , halau habuk yang bertenggek dekat rumah ieka ni . Hehe . Hari tu lupa nak lap lap kasi berkilat sebab tu korang baca sambil bersin-bersin kan ? hewhew *ketawasopan . Okay , kepala sedang kosong sebenarnya . Tapi ieka ada satu benda yang ieka nak sampaikan . Jeng jeng jeng ! Apa diaaaaaaa ? 

Tentang hargai apa yang ada sekarang . Saat awak mengeluh tentang hidup awak sekarang fikirkan seseorang yang tak punya apa-apa . *nadaserius sambil buka mata luas-luas . Kita selalu dengar orang mengeluh " Kalaulah saya dapat pasangan macam tu , Kalaulah saya boleh family macam diorang , Kalaulah saya dapat suami sebaik dia , Kalaulah saya secantik/sekacak dia , Kalaulah rumah saya besar macam dia , Kalau lah saya dapat mak ayah sporting macam diorang " dan macam-macam lagi . Habis , penampar tak nak *sambil cekak pinggang . 

Apa yang kita nak dalam dunia ni , tak semestinya kita dapat . Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada . Bila awak mengeluh "Kalaulah saya dapat pasangan macam tu , Kalaulah saya dapat suami sebaik dia " fikirkan orang yang masih mencari-cari teman hidup . Yang masih mengharapkan seseorang untuk disayangi dan menyayangi , masih mengharapkan seseorang yang hadir dalam hidup dia untuk hiburkan hari-hari dia . Apa yang di tentukan oleh kita adalah sebaik-baiknya . Mungkin ada kelebihan pasangan kita yang kita tak nampak . Lebih baik kita selami hati perasaan pasangan kita daripada kita mengharapkan yang lebih sempurna . Sebab dalam dunia ni tak ada yang sempurna wahai cik adik cik abang :) . Bagi yang masih mencari terutamanya perempuan , jangan merendahkan martabat kamu sebagai seorang wanita demi cinta . Sesungguhnya Allah telah merancang yang terbaik untuk hambanya . Pasti akan ada jodoh yang terbaik untuk kamu .

Yang paling teruk sekali orang yang mengeluh , " Kan best kalau saya ada family macam dia , kan best kalau saya ada ibubapa sporting macam dia " Alahai ~ saya dengan bangga nya disini . *berdiri atas meja sambil angkat tangan sebelah macam shin chan nak bagitau yang , orang yang berkata2 macam ni lah yang paling malang . Sebelum tak bersyukur dengan apa yang awak ada , fikirkan orang yang hidup sebatang kara tanpa keluarga ? Yang terpaksa sara hidup seorang diri . Yang tak punyai ibubapa . Yang terpaksa duduk di rumah anak-anak yatim ? Kenapa kita sering tak bersyukur ? Kenapa ? *tercungap-cungap marah . Daripada kita cakap macam tu , cuba eratkan diri dengan keluarga . Cuba fahami adik beradik kita sendiri , cuba jaga hati mak ayah kita sebelum dia menutup mata untuk selamanya . Masa tu jangan nak meraung minta mak ayah kembali sebab dia tak kan kembali . Sesungguhnya tak ada ibubapa yang tak sayang anak-anak dan tak ada ibubapa yang tak nak yang terbaik untuk anak-anak dia . 

Bila awak mengeluh kalau lah " saya punya rumah sebesar rumah dia " cuba fikirkan orang-orang yang berada di jalanan . Tanpa tempat berlindung . Yang berada di bawah-bawah jambatan , di kaki-kaki lima . Walaupun rumah sederhana besar ,  kecil tapi sudah cukup untuk kita hidup bukan ? Apa guna berada dalam rumah besar tetapi berada dalam bahaya ? tanpa ketenangan dan sunyi ?Biar rumah kecil tapi kita tetap rasa bahagia di samping Allah dan keluarga . 

Zaman sekarang , orang yang dah kaya , kalau boleh nak kaya lagi ! Sampai sanggup abaikan keluarga sendiri demi kekayaan yang tak pernah puas mereka miliki . Ada juga yang sanggup lakukan benda-benda haram untuk duit . Terlalu mengejar dunia , tanpa berfikir semua itu adalah sementara . Duit tak boleh bawa masuk kubur *volume 100 , Ingat tu . Harta juga tak kan membantu kita masa di akhirat kelak . Bersyukurlah dengan apa yang ada . Jangan terlalu tamak . Manusia yang baik ialah dia tidak lupa urusan akhirat kerana dunianya , dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya :) .

Hakikatnya , manusia memang tak pernah puas . Memang tak salah mengharapkan yang lebih baik . Tapi berpada-pada . Tengok juga pada situasi . Dalam dunia ni tak semua bernasib baik . Pelbagai cerita yang ada di sebalik kesibukan dunia sekarang . Daripada kita mengeluh yang bukan-bukan . Apa salahnya kita mengucapkan syukur atas apa yang kita perolehi . Dan minta kepada Tuhan supaya aturkan yang terbaik untuk hidup kita :) 

Sesungguhnya saya sedang menasihati awak, bukanlah bererti sayalah yang terbaik dalam kalangan awak . Bukan juga yang paling solehah dalam kalangan awak , kerana saya juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin saya yang paling hina dalam kalangan awak semua . Apa salahnya jika saling ingat-mengingati .

# Terima kasih sudi membaca dan support ieka punya blog . I do love you guys . Kalau sudi follow lah ieka punya twitter . Ieka selalu di sana  KLIK UNTUK FOLLOW 












♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

No comments:

Post a Comment