Saturday, April 21, 2012

Jika kamu punya hati , kamu akan baca :)





Hye hye guys , Apa khabar korang ? Sehat ? Okay , ieka malas nak berleter panjang untuk permulaan ni , takut korang merungut depan lappy cakap ieka kuat berleter *jeling-jeling . Haha . Okay , mungkin ieka tak mampu nak susun ayat yang betul-betul untuk korang turut rasa apa yang ieka nak kongsi . Tapi , insyaallah akan sampai . Ingat , baca dengan hati yang ikhlas :) Tarik nafas panjang-panjang then jangan hembus . Eh ?

Okay , kenapa tajuk ieka gila kejam " Jika kamu punya hati , kamu akan baca " sebab ieka nak share something dengan korang . Untuk korang rasa , dan untuk korang tak menyesal di kemudian hari . Macam kita tahu tanpa ibu dan ayah siapa kita ? Sebelum kita pandai berjalan siapa yang menjaga kita ? Siapa yang bersusah payah mengandungkan kita . Siapa yang sabar menjaga kita dari kecik hingga besar , hingga kita kenal erti sebuah kehidupan , erti cinta semua tu . * renung korang tajam2 . siapa lagi kalau bukan IBUBAPA .

Cuba korang pejam mata rapat-rapat dan rasa , bagaimana hidup korang bila kedua ibubapa korang dah tak de dalam dunia ni , dan korang harus jalani hidup dengan sendiri . Macam ieka , sejak berumur 8 tahun ieka kehilangan seorang ayah dan sejak berumur 14 tahun ieka hilang kasih seorang ibu . Ieka tak kenal pun lagi erti kehidupan masa tu . Orang kata masih beringus lagi . Sangat susah untuk ieka hadapi hidup ni . Meskipun ieka ada kakak-kakak dan abang . Tapi mereka juga dah membawa haluan masing-masing . Sekarang ieka duduk dengan seorang kakak di rumah , okay memang dia belum kahwin . Tapi sampai bila ? Dia pun akan kahwin jugak kan ?

Dulu masa sekolah , ieka selalu jealous dengan kawan-kawan bila time nak ambil rekod kemajuan , atau ada PIBG ke , ada perjumpaan ibubapa ke , ieka tak mampu bawa mereka . Kadang-kadang kakak ieka akan pergi kalau bila dia ada masa terluang . Tapi sama ke ? Tak kan ? Kadang-kadang bila kakak ieka tak boleh pergi . Ieka mampu tengok je kawan2 ieka bawa ibubapa mereka dan berada di sisi mereka .Masa tu Ieka mesti diam je , tak pun tumpang happy dengan family diorang , tapi hati ieka menangis masa tu . Kadang-kadang ieka menyorok dalam tandas dan ieka nangis puas-puas sebab ieka rasa diri ieka kecik sangat masa tu . Ieka jealous dengan diorang . 

Sampailah hari tu , masa ieka nak sambung belajar dekat UITM Sarawak , ieka pergi dengan family kawan ieka sebab dia dapat sana juga . Kakak ieka tak pergi sebab ieka tak nak susahkan dia , lagipun dia sibuk berkerja . Nasib family diorg baik sangat , dah anggap ieka macam ahli keluarga mereka sendiri . Orang lain semua datang dengan ibubapa and family masa kat sana , tapi ieka macam sebatang kara . Hati ieka menangis lagi , sebab ieka terfikir , kan best kalau ada papa dengan mama . 

Bila ieka di rumah , dari pagi sampai petang ieka sorang-sorang je kat rumah dan akak akan balik nak dekat pukul 6 petang sebab kerja . Boleh bayang apa yg ieka buat dalam rumah sorang-sorang ? Memang boleh on9 , memang boleh tengok tv . Tapi bila hari-hari buat benda yang sama . You know what , ieka rasa macam tak de life . Hati ieka mesti sedih sebab rasa sunyi yang amat . Tapi apa yang mampu ieka buat ? Nak keluar ? sampai bila ? hari-hari nak keluar pun bosan . 

Kadang-kadang bila ieka sorang-sorang ieka mesti cakap dalam hati ieka rindu mama , ieka rindu papa . Ieka rindu nak mengadu kat mama . Ieka rindu nak salam tangan mama . Ieka rindu nak panggil panggilan papa . Ieka rindu panggilan mama . Ieka rindu mama berleter , ieka rindu papa marah . Ieka dengan papa tak banyak kenangan sebab masa tu ieka kecik lagi . Apa yang ieka ingat ? Ieka tak faham apa-apa pun masa tu . 

Even sebesar mana pun rumah yang korang duduk , tapi tanpa ibubapa ibarat rumah tak berpenghuni . Ada yang menghuni tapi tanpa seri . Bila ieka tengok rumah yang ada jamuan makan ieka mesti fikir , lama dah ieka tak rasa jamuan yang besar yang di buat di rumah ieka . Last buat makan besar bila perkahwinan kak ngah ieka . Dulu masa kecik-kecik ieka selalu buat birthday party kat umah , mama yang tungkus lumus prepare buat bbq , makan2 and ajak family ramai-ramai and kawan yang terdekat . Ieka rindu saat tu , rindu sangat . Tapi apa yang ieka mampu buat ? Sekarang ieka tahu kakak ieka selalu usaha nak happykan ieka bila bawak ieka pergi makan-makan kat luar sebab nak happykan ieka . Tapi tak sama kan ? Tapi ieka hargai semua apa yang kakak ieka buat .

Bila ieka tengok kawan-kawan ieka happy berholiday dengan family . Hati ieka meronta-ronta . Nak jugakkkkkk . Ieka jealous , ieka rindu saat semua family ieka berkumpul . Tapi itu dulu . Kadang-kadang bila ieka ada masalah , ieka nak sangat mengadu kat kakak ieka . Tapi mustahil untuk ieka mengadu dengan diorang . Perbezaan umur ieka dengan kakak ieka buat ieka malu untuk berkongsi . Tapi kalau dengan mama , dulu , bila balik sekolah , dalam kereta lagi ieka cerita dengan mama apa yang jadi kat sekolah . Kadang-kadang ieka rasa nak sangat ada adik yang umur beza setahun , dua tahun je ngan ieka sebab ieka nak share everything dengan dia . Tapi Allah dah tentukan ieka yang paling bongsu . Sejak kecik ieka hilang kasih sayang diorang dan ieka sangat rindu pelukan mereka . Ieka rindu untuk bercakap dengan mereka . Ieka nak sangat kata-kata semangat dari mama papa , tapi ieka tak mampu . Ieka rindukan masakan mama . Dulu masa pergi sekolah pagi-pagi mama mesti buat breakfast sebelum ieka pergi sekolah , tapi lepas pada mama xde ieka pergi sekolah dengan perut kosong je . Masa rehat baru makan . Kadang-kadang balik sekolah , ieka teringat masa mama datang and tunggu ieka ambil ieka kat sekolah . Dulu , mama selalu sabar , even ieka keluar agak lambat dari sekolah . Mesti dia tunggu , tak pernah pun nak marah-marah , Cuma dia tanya je kenapa . Dan mama selalu faham ieka . Sumpah , ieka rindu semua tu . Tapi sekali lagi ieka cakap , apa yang ieka mampu buat ? 

Kalau ieka nak cakap semua pun mahu berderet-deret lagi . Tapi ieka tak mampu untuk menulis perkataan yang terbaik untuk korang turut rasa . Ieka mahu korang rasa sebab ieka tak nak korang menyesal . Selagi korang ada mereka , korang kene hargai masa dengan mereka . Saat korang hilang mereka , maka TIADA GANTI . Bertahan jika mereka berleter sebab tu untuk kebaikan . Dan korang akan merindui leteran tu . Bertahan jika diorang marah-marah sebab tu hanya kerana diorang sayang korang . Peluk mereka selagi korang mampu peluk mereka . Jaga mereka selagi kamu berpeluang untuk jaga mereka dan gembirakan hati mereka dengan menjadi anak yang baik selagi kamu mampu tunjukkan kepada mereka yang kamu lah terbaik di mata mereka . Saat kamu hilang mereka berapa lama pun kamu merintih , menangis tapi kamu tak akan mampu memiliki mereka balik . 

Walauapapun , ieka bersyukur ieka mampu lagi untuk hidup dan ieka percaya masih ada ramai lagi yang tak bernasib baik . Saat kita fikir yang kita tidak bernasib baik , masih ada yang lagi tidak bernasib baik . Saat kita terlampau gembira , fikirlah ada hati yang bersedih . Sesungguhnya apa yang terjadi mungkin ada hikmah tersendiri . Tiada apa yang ieka mampu buat selain kirimkan doa dan ayat-ayat suci al-Quran berserta rindu seorang anak untuk ibubapa ieka . Ieka harap korang mampu rasa dan berubah lah menjadi anak yang baik untuk ibubapa . Ibubapa tak mengharapkan yang lebih dari anak2 , dia hanya mahu seorang anak yang berakhlak mulia dan berjaya , cukup sekadar mampu membawa diri bila mereka dah tak ade satu hari nanti .Terima kasih sudi membaca kisah ieka :)

# Lagu blog ieka kali ini menggambarkan situasi kehidupan . Apa pun yang berlaku , bersenyumlah . Kerana senyum itu mampu menutup segala duka di hati :) 

# Kadang-kadang kita terpaksa tunjukkan tidak ada apa yang berlaku dan segalanya baik-baik sahaja , sebab kita nak ajar hati kita untuk kuat hadapi hidup ini . 

# Kalau sudi follow ieka di twitter KLIK SINI UNTUK FOLLOW.












♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

10 comments:

  1. u lost ur mom wen u're 14, n now u r 18.

    even 4 is just a small number, but putting years in front of it making it long enaff to - -

    glad u re doing well :)

    ahh well, to tell the truth is, this story little bit touched me. thanx :)

    ReplyDelete
  2. and i lost my dad when i'm 8 years old . thanks for reading . appriciate it :)

    ReplyDelete
  3. insyaallah , akan terus tabah dengan adanya Allah di sisi . Terima kasih sudi baca :)

    ReplyDelete
  4. dear friend.....
    never give up in ur life... i alwayz pray 4 u.... :)

    ReplyDelete
  5. thanksssss :') insyaallah , i will never give up .

    ReplyDelete
  6. Be strong my dear . I know youu can do it . "ALLAH tkkn beri dugaan nie kalu Dia tau kita tk mampu hadapi kan ?? :) Tabahkan hati .

    ReplyDelete
  7. thanks :') alhamdulillah saya masih boleh untuk hidup . Lagipun saya share ni untuk kesedaran org yg masih ada ibubapa . Saya nak mereka semua hargai selagi mereka masih ada ibubapa . Bila dah hilang , tiada guna meraung cakap rindukan mereka sebab mereka tak kan kembali .

    ReplyDelete
  8. Yer . yer . Sy tau niat awkk sygg . Loveyouu <3

    ReplyDelete