Monday, April 9, 2012

JALAN YANG KAU REDHAI . AKU REBAH DI BUMI MU







Hye guys , long time no see ! *lompat-lompat* hewhew . Lama kan tak jumpa kat blog ieka ni . Ieka pencen kejap . Plus , agak tak beridea *muka seposen sambil kelip-kelip kan mata * Oh yee . Actually post ieka kali ni sangat bermakna . Sangat special . Entry yang datang dari hati . *muka serius sambil buka mata luas-luas*

Kenapa tajuk entry ni macam budak nakal je . Rebah ? Hahaha . No, no , no bukan rebah macam budak-budak terjatuh masa main bola ye :p . Okay , actually susah nak cakap ni . Tapi ieka nak share juga dengan korang . Kalau korang yang dah friend dengan ieka dekat facebook and twitter mesti korang dah perasan dengan perubahan ieka yang tak bertudung ke bertudung . Kenapa ? *okay , jangan nak buat muka macam nak mengata aku * . 





Dengan menggunakan volume 100 di sini ieka nak bagitau semua ni datang dari hati. Alhamdulillah , ALLAH S.W.T sentiasa menyayangi hambanya dan memberi peluang untuk ieka sedar . Untuk ieka buka mata yang sebenarnya dunia ini hanya pinjaman . Hanya sementara . Bukan keredhaan manusia yang ieka cari . Tetapi keredhaan ALLAH yang ieka perlukan . Ieka terfikir , sampai bila ieka nak tunggu hati bersedia untuk berubah sedangkan ieka tak pernah usahakan . Ieka pegang satu kata-kata :






Hanya yg betul-betul nak & dahagakan hidayah Allah je akan dpt. Hidayah perlu dicari, bukan dinanti "

 Banyak perkara yang ieka fikirkan sebenarnya sebelum ieka nekad . Banyak petanda yang datang dengan tidak disengajakan . SubhanaAllah , betapa Allah itu berusaha untuk membuka pintu hati ieka tetapi ieka yang tak pernah sedar . Sungguh sayu hati bila mengenangkan betapa sombongnya ieka dengan Tuhan . Mengaku diri umat islam tetapi tidak mengikut suruhan-NYA . Saat tu ieka terfikir , apa yang ieka nak sebenarnya dalam dunia ni . Apa yang ieka cari . Apa yang di kejar dengan kecantikan duniawi sedangkan semua ini hanya sementara . Ya Allah , aku tak kuat untuk hadapi azab Allah . Sangat takut memikirkan kiamat akan melanda dunia . Siapa kita ketika itu ? Bagaimana keadaan ketika itu ? Cuba korang bayangkan dengan mata kasar . Tak tercapai dek akal . Wahai sahabat : 
" Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya ? Sungguh aneh keadaan seperti ini . Andai kecintaanmu itu tulus , tentu engkau akan taat kepada-Nya . Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai "
Baca dan hayati potongan ayat di atas . Mungkin dahulu ieka fikir yang menutup aurat itu satu benda yang susah . Susah untuk berfesyen . Dengan adanya batas-batas . Tetapi ieka tak sedar yang betapa ALLAH ini sangat memuliakan wanita . Betapa Allah ingin menampakkan betapa berharganya wanita . Sesungguhnya yang menutup itu lagi indah , lagi cantik . Tidak semua boleh di pandang orang lain dan tidak boleh disentuh oleh mana-mana lelaki kerana  kehormatan wanita itu tinggi nilainya dan hanya yang HALAL yang berhak menyentuh kami . YA ALLAH betapa kamu memuliakan wanita :') 

Ieka menangis dan menangis bila ieka tersedar kesilapan ieka dan amat amat bersyukur sebab di beri peluang sebelum terlambat untuk ieka sedar betapa pentingnya menjaga kehormatan diri . Menjaga akhlak sebagai wanita islam . Tiada apa yang ieka harapkan selain ieka mendapat seseorang yang mampu membimbing ieka ke arah kebaikan , mengajar ieka ilmu-ilmu Allah dan menjadi imam kepada solat ieka . Insyaallah :') sesungguhnya Allah telah menjajikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik . 


Saat kaki terpijak di bumi . Saat itu drama di pentas dunia bermula dan penontonnya adalah ALLAH S.W.T . Saat itu DIA memerhati kita dengan tekun tanpa terlepas pandang walaupun sesaat . Kadang-kadang kita lupa ada yang memerhati , kadang-kadang kita tersedar . Langkah kaki kadang-kadang diatur dengan baik , kadang-kadang tersasar dari jalan sehingga membawa ke arah yang sesat . Ya Allah , aku selalu lupa siapa aku sebenarnya di atas dunia pinjaman-MU . Bawalah aku ke jalan yang KAU redhai :').

Sungguh aku takut akan seksa kubur-MU , di dunia sudah aku tidak tahan dengan cuaca kepanasan bumi . Apatah lagi kepanasan api neraka . Sungguh aku tidak mahu menjadi penghuni sana . Tetapi mungkin juga aku tidak layak untuk syurga-Mu . Ya Allah , berikan aku kesempatan untuk beribadat kepadamu . Berikan aku keteguhan hati . Berikan peluang untuk aku berubah dari yang baik kepada yang lebih baik . 


Ya Allah , aku serahkan jiwa dan raga aku kepada-MU . Aku serahkan segalanya kepada-MU . Mungkin aku tahu apa yang aku mahu . Tetapi aku tahu KAMU lebih tahu apa yang terbaik untuk aku . Sesungguhnya teramat malu memijak bumimu memandang langitmu, kalau aku tidak pandai bersyukur atas kekuasaanmu rahmatmu pengasih dan penyayangmu. 

" Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya "
 "  Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat "

Ya Allah , bantulah aku , dan bawalah aku ke jalan yang kau redhai . Jangan lah kau sesatkan aku dengan drama sementara dunia yang penuh dengan tipu daya . Berikan aku keteguhan iman yang berpanjangan . Jadikan aku seorang muslimah yang baik . AMIN .


KEPADAMU AKU BERSUJUD , KEPADAMU AKU BERSERAH .
HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH S.WT .











♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

No comments:

Post a Comment