Monday, March 5, 2012

CARA UNTUK MENJADI SAHABAT YANG BAIK




Pewit ! I'm back ~ *gedik . Okay , korang apa khabar ye ? Sihat ? Dah makan dah ? Hikhik . Okay , malas nak cakap banyak . Terus straight to the point . Kali ini ieka akan update tentang SAHABAT . Hey guys , walau sehebat mana pun awak . Walau sehebat mana pun awak dalam kerjaya awak tapi kalau awak tidak disenangi atau tak mempunyai kawan-kawan yang senang berada di sisi kamu , mesti kehidupan awak menjadi susah dan bosan :) 

Okay , cara-cara nak kawan senang bersama kita :
 




 




1. PERAMAH




Jangan menganggap dengan bertanya khabar atau hanya mengucapkan " Hai " adalah satu perkara yang mudah @ remeh . Sebab dengan teguran macam tu , ia mampu meninggalkan kesan yang baik dalam sesebuah perhubungan . Dengan ucapan itu dan bertanya khabar akan membuatkan kawan-kawan awak rasa dihargai :) . 

Kamu harus permudahkan untuk selalu mengucapkan perkataan " Terima kasih " atau " Maaf "
dalam masa-masa yang tertentu lah ye .Hikhik . Jangan main redah je . Bayangkan kalau awak tolong kawan awak yang kesusahan tapi lepas pada tu dia langsung tak ucapkan terima kasih . Mesti awak rasa terkilan kan ? Ok , walaupun hanya satu dua perkataan tapi dia membawa makna yang besar . Apa pun , yang penting awak kene ucapkan dengan penuh keikhlasan dan bukan semata-mata terpaksa . 










2. JANGAN EGO 




Ada ke dalam dunia ni yang mampu hidup tanpa bantuan orang lain ? Walaupun dia KAYA RAYA ? Kalau ada kawan-kawan yang memerlukan pertolongan dan awak mampu untuk bantu . Apa salahnya kan tolong . Tapi berpada-pada :) Pandai-pandai lah fikir . Dah besar panjang semuanya kan . Kesudiaan kita untuk menolong mereka akan membuatkan mereka lebih menghargai dan senang bersama kamu . Tidak mustahil kalau suatu hari nanti dia juga akan bantu awak ketika awak susahkan ? 










3. BEBAS MASALAH KEWANGAN




Mungkin susah jika ada kawan yang suka berhutang tapi susah untuk bayar balik . Dah beri pinjam tapi dia buat-buat lupa dengan hutang itu . JADI ! Kamu jangan tergolong dalam golongan itu ye . Tentu agak kurang senang bila awak di COP sebagai orang yang tidak boleh dipercayai dan tidak menghargai kepercayaan yang diberikan oleh orang lain . Amat penting untuk kamu memperoleh kepercayaan dari orang lain . Jika awak betul-betul berada dalam keadaan terdesak dan perlu meminjam duit dari salah seorang kawan kamu , PASTIKAN kamu membayarnya secepa mungkin . Jangan lupa untuk ucapkan " Terima Kasih " semasa awak memulangkan duit tu :) 










4. HARGAI HAK PERIBADI




Walaupun hubungan awak dengan kawan awak TERLALU akrab, awak masih perlu menghargai dan menghormati hak peribadi dia . Jangan sampai ada segelintir kawan awak COP awak sebagai " MS/MR BUSY BODY " . Contohnya kalau awak nak pinjam barang dari kawan awak . Jangan main redah je ambil sesuka hati barang tu tanpa meminta izin terlebih dahulu . JAGA PERILAKU ANDA . 
 









5. MURAH HATI




Kalau kamu berjalan-jalan , pergi melancong ke , jangan lupa untuk membeli cenderahati untuk kawan-kawan kamu . Meskipun benda tu kecil dan tidak seberapa harganya tapi sudah cukup untuk kawan-kawan kamu menghargainya dan rasa gembira kerana awak tak lupa mereka . Contoh lagi , kalau awak nak blik dari sekolah , class or pejabat and korang satu haluan dengan kawan awak . Dalam masa yang sama kawan awak terpaksa menunggu bas/teksi . Apa salahnya jika awak menawarkan bantuan untuk awak hantar diorang balik rumah kan ? :) Mesti diorang sangat-sangat hargai pertolongan awak tu .






UNTUK KAWAN RASA GEMBIRA BILA BERSAMA KAMU .
  • Ketika dia mula bercerita , walau hanya sedikit , tunjukkan ekspresi bahawa kita berminat untuk mendengar cerita dia . 
  • Jika kita berkongsi masalah peribadi , tunjukkan bahawa kita sememangnya boleh dipercayai . 
  • Jangan terus menghukum dia atas tindakan yang dia telah lakukan . Sebaliknya menasihati dia . 
  • Jangan sesekali memotong percakapan dia !
  • Jika dia seperti susah untuk berkongsi cerita atau pun berkongsi kesedihan , berusahalah untuk memujuk dia dengan nada yang lembut dan cuba memahami dia . 
  • Akhir sekali , kamu mesti ikhlas dan menghargai persahabatan yang terbina :)




♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

No comments:

Post a Comment