
Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah ,segala puji bagi ALLAH , selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW . Syukur ke hadrat ILAHI kerana masih meminjamkan kita dengan nikmat-nikmatNYA , tidak kiralah dari sekecil-kecil nikmat hinggalah ke sebesar-besar nikmat . Bertemu lagi kita malam yang indah ini *ewah untuk mendengar gerak hati ieka berkata-kata :p . Semoga ada manfaat untuk kita bersama dan semoga ALLAH redha .
Mohon maaf kerana akhir-akhir ini entry ieka lambat sangat di update kerana atas tuntutan yang lebih penting . Doakan ieka sentiasa ya ? Agar segala apa yang ieka lakukan nanti dipermudahkan olehNYA terutama untuk berjihad mencari ilmu . Ieka rindu kalian semuaaaa . Rindu ieka tak ? Hehehe . Awak angguk-angguk kan tu ? Alah comel :D . Semoga Allah sentiasa melindungi kalian di bawah rahmatNYA . Insyaallah biiznillah .
Malam ini ieka ingin bercerita tentang hati . Setiap orang, Akan ada sesuatu yang dia simpan. Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. Siapa pun dia, Segembira mana pun dia. Walau sekerap mana kite melihat dia tersenyum . Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya, Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis. Pasti ada. Kerana dia juga manusia. Senyum manusia itu hanya Tuhan yang tahu ertinya . Senyum itu memang menzahirkan ceria . Namun untuk kebanyakan waktu , senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati .

Bila kita bercakap soal fitrah manusia dan hati . Sudah tentu berkait rapat dengan perasaan . Benar , cinta itu fitrah , benar rindu itu fitrah , benar cemburu itu fitrah tetapi bagaimana diri kita ingin mengawal fitrah itu pada jalan Allah , dan bukannya di bawah naungan syaitan terkutuk . Kadang-kadang rasa sayang dan cinta itu hadir tanpa kita pinta . Tanpa kita sedari timbul rasa cinta itu , itulah sebenarnya anugerah ALLAH untuk kita .Cinta itu indah , tetapi sering kali salah di uruskan oleh kita manusia . Sering kali kita terlampau mengikut kehendak hati dan nafsu tanpa di hadkan dengan keimanan . Bilamana kita terlampau mencintai seseorang itu melebihi kita mencintai ALLAH , maka mudahlah untuk kita kecewa , mudahlah untuk kita terpesong , mudahlah untuk kita rebah . Tak salah untuk mencintai seseorang , tetapi kawal lah . Luahkanlah kepada Allah , sesungguhnya Dia lebih memahami apa yang berada dalam hati kita , sesungguhnya Dia lebih mengerti apa yang terbaik untuk kita melebihi diri kita sendiri . Serahkanlah segalanya kepada ALLAH . Yang penting kejarlah apa yang lebih utama , yakni cinta kepada ALLAH , redha ALLAH dan ilmu . Kerana ilmu mampu membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan takutkan ALLAH :)
Yakinlah bahawa hanya cinta ALLAH yang tidak akan pernah mengecewakan . Dia Pencipta Cinta . Jika manusia itu cantik dan tampan , ketahuilah bahawa Pencipta manusia itu jauh lebih indah . Cinta itu adalah percikan daripada sifat Ar-Rahman , Ar-Rahim dan Al-Wadud . Hanya ALLAH cinta yang utama :)
Pesanku kepada gegadis hawaku , kalau kita terhegeh-hegeh , senang percaya dia akan main-mainkan kita dengan aya-ayat keramat . Kalau kita ada perinsip dia akan hormat . Lelaki yang benar-benar mencintaimu dia tidak akan membawa kamu ke jalan yang salah , tidak sesekali dia akan merendah-rendahkan martabat kamu sebagai wanita , tidak sesekali dia ingin mengheret kamu ke jalan neraka . Jika lelaki anggap kita sebagai teman wanitanya itu tanda dia sedang beri cinta murahan sekadar untuk " pandu uji" . Dan ingatlah , jika lelaki itu memuliakan kita dengan pangkat isteri itu baru tanda dia jujur mencintai . " Hanya lelaki yang berani jumpa wali itulah yang harus kita tabik kejujurannya " . Tidak kah kamu teringin untuk menghadiahkan cinta yang suci buat pasangan yang bakal menikahimu nanti ? Berazamlah pada diri , untuk mendirikan mahligai kasih sayang , yakni rumah tanggamu dengan ALLAH sebagai juri dan bukannya dengan nilaian nafsu sendiri .

Jika syurga menjadi idaman ,jalannya seluas mata memandang .Jika keampunan yang didamba ,gerbangnya setia menanti.Usah gusar dugaan dihadapan .Andai hati nekad mengejar cinta Ilahi .
Pesan pada diri ,tabahkan hati kuatkan semangat .Pesan pada hati ,kukuhkan iman ,banyakkan zikrullah ,Pesan pada naluri ,jangan mengeluh ,jangan kecewa . Teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada. Bila kita menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kita. Bila kite mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA, DIA tak akan sekali-sekali mengkhianati kepercayaan kita.
Setakat ini sahaja yang dapat hati ieka berkata-kata . Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan mujahadah di jalanNYA . Semoga hati kita sentiasa mengingatiNYA dan mencintaiNYA melebihi cinta kepada nyawa sendiri . Apa yang kurang itu adalah khilaf ana sendiri dan apa yang baik itu semuanya datang dari ALLAH dan selayaknya hanya DIA yang harus dipuji . Ingat ieka dalam doa kalian :) Salam sayang , salam ukhwah dari ana .
Tweet
No comments:
Post a Comment