Saturday, November 17, 2012

Warna Warni Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah , syukur ke hadrat ILAHI , selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW . Bertemu lagi kita di rumah ieka yang kian berhabuk ni . Fuhhh fuhhh *tiup habuk* :) . Subhanallah , ana merindui kalian semua . Jutaan terima kasih kepada kalian yang tak putus-putus mendoakan ana . Alhamdulillah , Allah hantar ana sahabat-sahabat yang baik . Maaf , kerana lama ana menyepi untuk update blog , bukan saja-saja . Tetapi atas tuntutan tanggungjawab ana untuk mencari ilmu Allah . Ana begitu sibuk , dan hari ini ana cuba untuk mencuri sedikit masa untuk ana update blog . Ana tahu antum semua rindukan ana kan ? *perasan . K , gurau . Hehehe . Di twitter juga ana sudah kurang aktif , bila ada masa terluang , insyaallah ana akan update . 

Okay , hari ini dan entry ana kali ini bertajuk perjalanan hidup . Ya , perjalanan hidup ana . Tiba-tiba ana terfikir siapa ana daripada sebelum berhijrah dan siapa ana selepas berhijrah . Allahu Akbar , terasa air mata ingin mengalir menyentuh pipi . Tidak pernah diri ku termimpi atau terfikir untuk berada di kalangan orang yang soleh dan solehah . Tidak pernah diriku terfikir untuk berada di sisi seseorang yang bergelar " Hafizah al-Quran " .Tak pernah diriku terfikir untuk sentiasa menghadiri kuliyah dan majlis bersama para ulama' . Tak pernah diriku terfikir untuk lebih belajar mendalami ilmu agama . Tiba-tiba terasa air mata mengalir mengenangkan kejahilan lampau . Tapi , buat apa untuk ana menangisi perkara lampau yang telah menjadi sejarah hidup ? Hati berbisik " Jadikanlah pengalaman dan sejarah silam itu sebagai satu kekuatan untuk kamu berubah menjadi lebih baik " . Sesungguhnya , tiada orang yang tak punya sejarah hidup , dan tiada orang baik yang tidak punya masa silam . 

Setelah kakiku jejak di kolej islam as-sofa . Perasaan hina diri dan kerdil itu sering menyapa . Terasa diri kerdil sekerdilnya . Mereka yang berada di sekelilingku terdiri dari yang tinggi ilmunya , terdiri dari bakal hafiz hafizah al-Quran , terdiri dari pelajar-pelajar yang pernah belajar di negara-negara arab . Subhanallah , siapalah diriku berbanding dengan mereka ? Ana hanya hamba Allah yang baru sahaja untuk kembali ke jalanNYA . Ana hanya hamba Allah yang baru sahaja berusaha untuk menjadi solehah . Kadang-kadang terfikir , layakkah diriku untuk berada di sisi mereka? Bisikan-bisikan syaitan untuk melemahkan semangatku sering kali menyapa . Setelah tersedar itu semua hanya bisikan yang bakal melemahkanku , lantas ku sangkal apa sahaja yang bermain di benak fikiran yang mampu melemahkanku . Lantas ku cuba pujuk diri dengan berbisik pada hati " Wahai diri , jadikan ini sebagai satu semangat untuk kamu melangkah lebih ke hadapan  , jadikan mereka yang tinggi ilmu itu sebagai satu semangat dan idola untuk kamu lebih menggali ilmu Allah , jadikan mereka sebagai satu titik tolak untuk kamu lebih berubah menjadi lebih baik , sesungguhnya tiada apa yang membezakan seseorang itu melainkan hanya dengan amal dan ketaqwaan seseorang itu terhadap DIA yang Maha Agung , yakni ALLAH S.W.T . 


Semakin diriku ingin mendekati jalan yang benar , semakin terasa ujian menyapa . Wahai diri , ingatlah , Jalan ke syurga itu dipenuhi hamparan duri-duri sering kali diri akan terluka kerana tertusuk duri-duri ujian . Sering kali jua air mata akan menjadi peneman setia . Kekasihku yakni Rabbku setia bersamaku ketika susah dan senang . Hanya DIA yang memahami apa yang berada dalam hati . Diberinya ujian kerana kasihNya padaku . Bagaimana pula harusku berputus asa ? Sedangkan DIA kekasihku tidak pernah berputus asa untuk memberiku ganjaran pahala . Wahai diri , ketahuilah sesusah dan seduka manapun ujian di dunia . Semua itu TIDAK KEKAL . Apa yang penting , fikirkan kemana dan bagaimana destinasi kamu yang terakhir dan kemanakah matlamat kamu .

Disini juga telah banyak mengajarku erti ukhwah yang sebenar-benarnya . Ya , ukhwah dan mahabbah lillahi ta'ala . Indah , walaupun baru sahaja berkenalan . Tetapi seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain . Rasa sayang itu lahir tanpa dipinta . Terasa seperti satu keluarga yang besar . Subhanallah . Segala puji bagiNYA . 

Hakikatnya , suatu masa dahulu , tidak pernah ku terfikir hidupku akan berubah menjadi seperti hari ini . Segala puji bagiNYA . Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu . Bila Dia mengkehendaki sesuatu itu terjadi , maka cukuplah Dia berkata jadi , maka jadilah ia . Inilah nikmat yang terbesar yang akan ku syukuri sehingga nafas terakhirku , iaitu nikmat iman dan nikmat islam . Cukuplah Allah bagiku , cukuplah DIA sebagai pelindungku . Cukuplah dengan dakapan cintaNYA membuatku rasa bahagia dan tenang . 

Sahabat-sahabatku , pedulikan masa silam yang telah menjadi sejarah lampau , apa yang penting adalah masa yang akan datang . Binalah masa hadapan yang baik , carilah saham akhirat dari sekarang . Mati itu dekat , bila-bila masa sahaja ia bakal menyapa . Sanggupkah kita jika dijemput ILAHI dengan keadaan Allah murka ? Nauzubillahminzalik . Pejamkan mata , fikir sejenak . Adakah kita pasti yang masih ada lagi hari esok untuk kita ? Hakikatnya , tiada siapa pun tahu adakah sejam kemudian mereka masih mampu bernafas seperti saat ini . Manfaatkan lah masa yang ada dengan sebaik-baiknya . Jangan kelak , kamu menyesal di akhirat sana . Ketika itu walaupun kamu menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun , masa tidak akan mampu berulang kembali . 

Kembalilah kepada Allah , kembalilah kepada fitrah asal kita sebagai hamba ALLAH . Sesungguhnya kita hidup hanyalah untuk beribadah kepada Allah semata-mata . Dunia ini hanya satu persinggahan untuk kita menuju ke destinasi yang kekal abadi . Sedarlah wahai sahabat , jangan hanyut , jangan terleka . Mari kita sama-sama harungi perjuangan untuk menggapai redha ALLAH . Pedulikan kepayahan yang bakal menyapa di dunia kerana ia hanya bersifat sementara . Berjuanglah !!! 

Akhir kata dari diriku yang serba hina dan kekurangan , sayangilah diri kita dengan mentaati segala perintah ALLAH . Jika benar sayang pada diri sendiri , maka janganlah kamu menzalimi diri sendiri dengan perbuatan yang boleh mendatangkan murka ALLAH . Segala apa yang baik itu adalah semuanya milik ALLAH , dan apa yang kurang itu adalah kekurangan diri ana sendiri . Jangan lupa untuk mendoakan sahabat-sahabat kita yang berada di syria dan palestin . Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka , semoga Allah melindungi mereka d bawah rahmatNYA . Semoga penderitaan mereka bakal berakhir . Sesungguhnya hanya ALLAH SWT yang berkuasa atas segala sesuatu . Wasalam ~



♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

1 comment:

  1. assalamualaikum wahai kakak ku :') ni atul , rabiatul husna , kakak ingat atul lagi kan :') ya allah , atul rindukan kakak , terlalu rindu , alhamdulillah kakak sekarang dah jauh berhijrah , doakan atul kak , doakan atul untuk berhijrah ke jalan ALLAH juga kakak :') atul rindu kakak , assalamualaikum :')

    ReplyDelete