Friday, October 12, 2012

Wasiat Untuk Mawar Berduriku .



Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH SWT , selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW . Syukur ke hadrat ILAHI kerana kita semua masih bernafas hingga saat ini . Alhamdulillah bertemu lagi kita di pondok buruk ieka ni . Hehehe . Apa khabar sahabat-sahabat fillahku ? Harap-harap semua baik-baik sahaja . Adapun yang sedang sakit , ucapkanlah syukur kerana ALLAH ingin menghapus dosa-dosa silam kita . Tabahlah menghadapi ujian dari ALLAH . Adapun yang tengah bersedih . Ingatlah , ALLAH sentiasa ada bersama kita. Dongakkan kepala ke langit , lihatlah sekeliling , pejamkan mata dan rasa setiap degup jantung dan angin yang menyapa tubuh kita , lihat dan rasalah kebesaran ALLAH , dari situ kamu akan rasa betapa ALLAH dekat dengan kita . Subhanallah . Manakala bagi yang sedang berbahagia dan gembira , jangan lupa untuk bersyukur . Ingat , ujian yang manusia sering kalah dan tewas adalah dengan ujian kesenangan . Sentiasalah ingat dan letakkan Allah yang utama dalam diri . 

Ok , alhamdulillah hari ini ana ada kekuatan untuk update blog ana . Alhamdulillah , syukran sahabat-sahabatku atas doa-doa yang tak putus-putus untuk ieka , comment-comment , mention-mention , inbox-inbox kalian benar-benar buat ana terharu . Semoga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat . Maaf juga bagi yang menangis-nangis baca entry ieka sebelum ini , hehe . Alhamdulillah Allah sentuh hati kalian untuk mula berubah , segala puji bagiNYA . Teruskan usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik . Ana sentiasa menyokong dan sudah tentu ALLAH juga menyokong . Sebenarnya ieka update entry kali ini banyak kali ieka save kat draft , ieka buat sikit-sikit . Hehe , masa sangat mencemburui ieka , ececeh . Gigih juga ieka siapkan sebelum ieka hold blog ini untuk masa yang agak lama , demi kasihku pada rakan-rakan muslimku yang sentiasa berusaha untuk merubah diri ke arah yang lebih baik .  Ini entry last ieka sebelum ieka sambung belajar , hari isnin insyaallah ieka mula sebagai student syariah islamiah di kolej islam as-sofa ampang , esok hari sabtu pagi ieka pergi kl . Doakan ieka selamat sampai dan doakan supaya urusan untuk ieka berjihad mencari ilmu di permudahkan olehNya :') Insyaallahu ta'ala . 

Ok ,berbalik kepada tajuk ieka kali ini ,  kemain lagi tajuk entry ieka kali ini kan ? Wasiat untuk mawar berduriku . Ye ! Mawar berduriku . Atas rasa kasih dan sayang ana kepada kalian sahabat fillahku , ana menguatkan diri untuk membuat entry kali ini . Semoga Allah redha . 

Wahai hawaku sayang , 

Sedarkah kamu , betapa kita ini tinggi nilai maruahnya ? Betapa berharganya kita ? Betapa Allah memuliakan kita kaum hawa . Allah menyuruh kita menutup aurat demi keselamatan kita , demi maruah kita , demi kebaikan kita juga . Bukan demi kepentingan orang lain . Allah tak rugi jika kita berdegil untuk tidak menutup aurat , tetapi kita lah yang rugi kerana kita telah menzalimi diri kita sendiri . 

Wahai mawar Islam ,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki . Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan , jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tetapi sayang tidak berduri. Kau tidak lagi dimahkotakan sebagai SI MAWAR BERDURI . Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah . Yang tertutup itu indah . Alangkah baiknya jika kita sama-sama memelihara keindahan diri sebagai hadiah yang kudus , suci , mahal dan berharga buat KUMBANG TERPILIH yang dijanjikan Allah SWT buatmu. Sesungguhnya Utusan Allah, Rasulullah SAW ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jadi ayuh . Kita sama-sama menjadi mawar berduri . Sungguh kamu sangat cantik bila tertutup sempurna :)

Wahai gadis ku sayang , 

Hijablah dirimu sebaik-baiknya . Demi Allah . Demi kebaikan dirimu sendiri . Semakin kamu menjaga auratmu , semakin kamu mempertahankan maruahmu , semakin kamu berusaha untuk menjaga akhlakmu , semakin mahal nilai kamu pada pandangan Allah , pada pandangan penduduk langit dan pada pandangan mata masyarakat . Subhanallah ! Pasti bidadari syurga juga turut mencemburui mu :) 

Wahai hawa solehah , 

Antara berhijab dan bertudung . Berbeza . Berhijab itu kamu tutup semua aurat kamu dengan sempurna , tutup semua perhiasan kamu , tidak menampakkan bentuk badan , tudung yang labuh ke bawah dada , berstoking . Antara menutup aurat dan bertudung juga tidak sama . Yang bertudung tak semestinya menutup aurat dengan sempurna , tetapi yang menutup aurat dengan sempurna sudah pasti berhijab/bertudung . Mari sama-sama kita ubah cara pemakaian dan disusuli pula dengan akhlak yang baik. Mari sama-sama menuju redha ALLAH . Jangan kita sampai nak nampak cantik , merelakan pula diri dekat dgn jalan ke neraka Nauzubillahminzalik .

Wahai muslimahku sayang , 

Sebagai seorang wanita Muslim , kita harus pandai menjaga diri dan maruah . Jadilah seorang Muslimah yang sejati dengan menonjolkan ciri-ciri seorang wanita Islam yang sebenar . Jangan bangga dengan kecantikan wajah yang ada , kerana kecantikan yang ada akan luput ditelan peredaran masa ,akan terhakis dek umur yang semakin meningkat , akan hancur di mamah tanah pada suatu saat nanti . Tetapi kecantikan akhlak , hati , iman akan kekal . Ya , benar , kekal hingga ke sana . Begitu mudah wanita untuk masuk ke syurga Allah , tetapi sayang , ramai pula yang menjadi penghuni neraka . Kerana apa ? Kerana kita terlalu taksub dengan dunia , dengan keindahan sementara dan kerana tertalu tunduk dengan tipu daya syaitan . Bangkitlah wahai hawa ku sayang . Bangkit dari kesilapan lalu dan ubahlah diri untuk menjadi lebih baik di masa akan datang . Yang berlalu biarkan berlalu , yang mendatang , usahalah yang terbaik :)


Wahai mawar agamaku , 

Ingatlah . Lelaki sejati yang benar-benar mencintaimu , dia tidak akan pernah berani menyentuhmu , merayu dan menyanjungmu dengan kata-kata sayang sebelum kamu halal buatnya . Tak mampu dia untuk membuatmu terbuai dalam layangan cinta yang akan menjerumuskan kamu dan dia ke neraka . Nauzubillahminzalik . Lelaki yang benar-benar mencintaimu dialah yang kelak akan datang bersilaturrahim ke rumah orang tuamu , meminta untuk menjadikan kamu sebagai yang halal untuknya dengan cara yang terhormat , dialah yang akan melamarmu , dialah yang bersedia menjagamu seumur hidupmu , dialah yang akan berusaha membuatmu bahagia berpaksikan cinta kerana Allah .Dan dialah insan pilihan yang tak hanya berbekal imam , tetapi juga layak menjadi imam yang baik untukkmu . Dialah lelaki dambaan bidadari syurga .

Wahai mawar agamaku , pilihlah mana yang terbaik untukmu . Adakah bahagia sementara cuma yang kamu impikan atau bahagia yang hakiki sehingga ke JannahNYA . Jagalah marwah dan izzahmu demi Allah , demi yang halal buatmu . Ingatlah janji Allah . Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat :)

 " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka "  – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31

" Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Wahai wanita yang ku sayang kerana Allah , 

Sungguh tiada apa yang hebat dengan menayangkan aurat kita kepada yang bukan halal . Tanyalah pada diri kepada siapa kita ingin tunjuk . Kepada siapa kita ingin puaskan hati ? Sedangkan dalam masa yang sama kita telah membuat Allah murka . Tiadakah rasa bersalah di hatimu ? Jika tiada rasa bersalah dan berdosa , bawa banyakkan istighfar . Astaghfirullah , jangan biarkan hatimu gelap diselaputi dosa dan maksiat . Percayalah , bila kamu tersedar akan kesilapanmu , kamu akan merasa menyesal dan merasa betapa tidak cerdiknya diri kamu dahulu kerana menayangkan apa yang tidak sepatutnya kepada yang tidak sepatutnya . Kembalillah kepada Allah . Kembalilah mencari cinta hakiki . Kembalilah untuk menggapai redha Allah . Mari sayangku , mari kita sama-sama berpimpin tangan untuk terus berjihad , bermujahadah di jalan Allah . Biar rebah , biar tersungkur , biar terluka , biar sakit di dunia , kerana destinasi yang kita ingin pergi akan merawat segala penderitaan dan kesakitan kita itu , yakni Syurga Firdaus :) 

Wahai para mujahidahku , 

Jadilah gadis solehah di dunia akhir zaman ini . Jadilah sebutir permata dalam berjuta pasir yang menimbun . Percayalah , kamu tidak akan menyesal . 

Akhir kata dari diri ini , selamat berjuang . Selamat menempuh onak dan duri tetapi pengakhirannya serba indah :) . Jangan putus asa , mari kita sama-sama berganding bahu menuju redha Allah . Salam sayang kerana Allah dari sahabatmu yang serba kekurangan ini , ingatlah ana dalam doamu . Doakan kejayaan ana dunia dan akhirat . Ana akan merindui kalian semua . Jaga iman , jaga akhlak , jaga diri . Allah sentiasa menjaga kamu , Allah sentiasa melihatmu , Allah sentiasa berada bersamamu :) Allahu Akbar . 





♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

2 comments:

  1. Syukran sayang , entry kali ni insyaAllah bermanfaat buat kaum hawa . Semoga Allah permudahkan urusanmu . Ana doakan enti berjaya dunia akhirat . InsyaAllah , ana ingin sekali jadi mcm enti . Seorang yg tabah :)

    ReplyDelete
  2. Penulisan yang bermanafaat..ana pun kidal jgk..hehe

    ReplyDelete