Saturday, September 8, 2012

Ujian Demi Ujian .



Bismillahirrahmanirrahim . 

Assalamualaikum . Alhamdulillah , segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam . Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW . Syukur kepada Allah , kita masih diberi peluang untuk berjumpa lagi di blog usang ini . Semoga ada manfaatnya untuk kalian . Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmatNya dan dijauhkan kita daripada sebarang penyakit hati . Amin Allahumma Amin . Jazakumullahukhairan kepada semua yang sudi baca entry-entry ieka yang sebelum ini dan menghayati bait-bait ayat yang dipersembahkan hati ini . Terharu baca apa yang kamu semua mention di twitter n inbox di facebook :') . Semoga Allah sentiasa memberi yang terbaik dalam kehidupan kalian di dunia dan akhirat . 


Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat , hingga kita terduduk dan menangis . Peritnya rasa hanya Allah yang memahami . Tetapi ketahuilah dan renungilah dalam diri , mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak kerana langkah-langkah yang kita atur tersasar dari jalan-Nya tanpa kita sedar . Semoga tabah dan tetapkan iman . Biarlah kita keseorangan tanpa berteman . Biarlah tidur tanpa dihiasi mimpi indah . Tapi , jangan biarkan hatimu sunyi tanpa sepotong ayat suci AL-QURAN

Hari ini ieka ingin bercerita mengenai ujian . Setiap manusia , setiap hamba Allah pasti akan diuji . Tidak kiralah ujian dalam bentuk kesusahan atau ujian dalam bentuk kesenangan . Kita semua tidak mungkin akan dapat terlepas dan dapat lari dari ujian Allah . Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta. Maka bersyukurlah di atas semua ujian-ujian yang Allah beri , kerana daripada ujian itu mengajar kita untuk lebih matang , untuk lebih bersabar , untuk lebih kuat dalam menghadapi kehidupan di dunia yang sementara ini . Tanpa ujian ataupun dugaan Allah , tak mungkin kita mampu sekuat hari ini . Maka , bersyukurlah :) . Ingat wahai sahabat-sahabatku , ujian-ujian yang hebat itu hanya untuk hambaNya yang hebat , kerana Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya .

"Adakah manusia itu mengira, bahawa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt." - Al-Ankabut 2

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11) 

Dan ingatlah , ujian yang paling bahaya ialah ujian kesenangan . Ramai yang tewas bila diuji dengan kesenangan . Kerana apa ? Kerana mereka terlupa untuk bersyukur kepada Allah atas segala kemewahan , kebahagiaan yang dirasai . Jangan sahabat , jangan kau lupa terhadap Allah bila kamu mengecapi kebahagiaan . Sentiasalah memanjatkan kesyukuran terhadap  Allah .

Wahai diri bilamana kamu diuji dgn kesusahan, tetapkan hatimu , kuatkan hatimu , tabahkan dirimu dan bersangka baiklah terhadap Allah .Wahai diri , andai dirimu diuji itu tanda Allah rindu mendengar rintihan suaramu kepadaNya dalam doa-doamu .Ketahuilah wahai diri , Allah amat menyukai mendengar suara-suara yang rindu akan kasih sayangNya.Wahai diri , Allah mengujimu kerana ingin memelihara mu dari sejuta keburukan . Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kamu lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu.Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlaslah dalam setiap apa yang berlaku.

Tengok lah dunia ini , Kadang2 manusia bila kehilangan sesuatu benda drp dunia kdg2 mcm mereka hilang segala2nya . Cuba fikir dan ingat berapa banyak keperitan hidup yg kita lalui dan kita rasa kita tak dapat keluar darinya , tetapi tengoklah hari ini , kita masih mampu berada dalam keadaan yang baik . Ketika kita d timpa musibah , dan ketika itu kita kata " habislah aku kali ini " tapi lihatlah hari ini kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kehidupan kurniaan Allah . Ketika kita kata " Ya Allah , tolonglah aku , aku susah Ya Allah " , lihatlah hari ini ketika bahagia , kita dah lupa ayat itu dan kadang kala kita lupa untuk bersyukur di atas pelbagai liku2 kehidupan yg telah mendewasakan kita . Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya . Berbahagialah bagi mereka yg sentiasa menyerahkan 100% drinya kpd Allah. 

Sahabat bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya . Sahabat bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH memahami perasaanmu . Sahabat bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu :') Pulanglah padaNya . Sahabat bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga . Sahabat bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki . Insyallah :) 

Sahabatku , bila dirimu diuji ,  bersabar dan tersenyumlah , walaupun hatimu menangis dan merintih pilu , tetapi ingatlah wahai sahabat . Allah sentiasa ada bersamamu . Allah sentiasa memahamimu . Mengadulah padaNya , serahkanlah segala-galanya padaNya . Setiap kedukaan itu pasti ada kebahagiaan . Setiap ujian itu pasti ada kemanisan . Setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah . Janganlah mudah rebah , jangan mudah mengalah . Allah tidak suka hamba-hambaNya yang berputus asa . Maka hadapilah semua ini dengan redha dan dengan hati yang ikhlas . Suatu saat nanti , kebahagiaan itu pasti milik kamu jika kamu melalui dugaan yang diberi dengan penuh sabar . Allah tidak akan menzalimi kita , percayalah , sinar bahagia itu akan hadir . Kuatkan semangatmu wahai diri dan sahabat-sahabatku . 

Akhir kata dariku , janganlah pernah berputus asa dengan rahmat Allah . Berjuanglah dalam mengharungi hidup ini dengan penuh rasa taqwa kepada Allah . Jalanilah hidup ini dengan sentiasa merendahkan hati untuk bersujud pada Allah . Insyaallah , bila kecintaanmu terhadap Allah melebihi segala-galanya . Maka apa pun yang terjadi kamu hanya tersenyum dan berkata " Allah ada " " Allah tahu apa yang terbaik untukku " " Allah adalah sebaik-baik perancang " . Trust HIM :) . 

Apa yang baik itu dari Allah dan apa yang kurang itu adalah kelemahan diri ana sendiri . Doakan ana untuk kekal istiqomah menjadi wanita solehah dan memperjuangkan agama Allah , agama kita bersama :) . Allahu Akbar ! 








♥ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ♥

2 comments:

  1. assalamualaikum...entri anda sahabat benar2 membuatkan air mata ini mengalir wahai sahabat... terima kasih ya allah kerana memperkenalkan sahabat seperti ini yang saling mengingatkan antara satu sama lain.. semoga apa yg ditulis ini memberi makna dan pengertian buat kita semua insyaallah amin
    jazakallah wa marhaban bikum :)

    ReplyDelete
  2. Waaalaikumussalam . Alhamdulillah jika terkesan di hati :') segala puji bagi Allah . Amin Allahumma Amin . Moga2 ada manfaat untuk semua . Wa iyakk ya ukhti:')

    ReplyDelete